MEMUAT

Taip untuk mencari

MPL MY S9: 9/1/5! Build item Beatrix Sasa ini memang yang paling OP!

atq_hyprgame
Kongsi

Beatrix merupakan hero Marksman yang memfokuskan terhadap damage output yang sangat tinggi terutamanya di fasa late game. Hero ini memiliki keunikan yang tersendiri di mana salah satunya adalah dia boleh menukar kepada senjata yang berbeza. 

Kalau bercakap tentang pengeluaran damage, memang Beatrix mengeluarkan damage yang luar biasa. Beatrix dapat memusnahkan sasarannya dengan sangat cepat. Walaupun sasarannya berada di dalam turret, tidak mustahil untuk Beatrix dapatkan. 

Sumber: MOONTON

Kelebihan jika pemain menggunakan Beatrix adalah dia tidak menggunakan Mana. Ia merupakan satu kelebihan yang agak besar untuk Marksman kerana dia tidak perlu bergantung pada Mana Regen atau Purple Buff. 

Beatrix tidak perlu recall dengan kerap kerana dia boleh memulihkan HP-nya dengan menggunakan Lifesteal. Itu antara sebab kenapa Beatrix merupakan hero carry yang sangat berpotensi membawa kemenangan dengan AoE-nya. 

KDA: 9/1/5! Memang Beatrix Sasa antara yang paling OP

Di Minggu Kedua Hari Kedua Regular Season bagi MPL Malaysia S9 (Team SMG vs HomeBois), pemain Gold Laner dari Team SMG, Sasa telah pun membawa gameplay Beatrix yang sangat OP sehingga berjaya membuat para caster terkejut dengan pembawakan Beatrix beliau. Memang ada ramai lagi yang boleh bawa gameplay Beatrix dengan baik antaranya adalah pemain dari pasukan Todak, Momo.

Tetapi, tidak semua pemain Beatrix menggunakan spell & penyusunan item yang sama. Untuk Sasa, Beatrix beliau berjaya rekodkan KDA: 9/1/5 dengan penggunaan spell Flicker. Beatrix yang dimainkan oleh Sasa juga mampu jatuhkan pihak lawan dengan 2 percubaan sahaja! 

Sumber: Mobile Legends: Bang Bang

Inilah Build Item: Beatrix Sasa sehingga dapat 9 penyingkiran

Bermula dengan Spell, Sasa telah mengambil Flicker sebagai spell beliau & Ianya memang satu pilihan yang baik. Disebabkan Beatrix hanya memiliki 1 skill untuk escape, jadi Flicker adalah spell yang dapat membantu Beatrix.

Blade of Despair

Untuk item pertama, Sasa telah pun menyediakan Blade of Despair (BOD). Memang item ini antara item yang paling mahal & selalunya pemain membeli item ini di fasa late game. Tetapi tidak untuk Sasa. Beliau mahu memastikan di fasa early game, beliau dapat berikan serangan fizikal yang tinggi terhadap pihak lawan. 

Sumber: Mobile Legends: Bang Bang

Warrior Boots

Selepas Sasa dapatkan item tersakit Beatrix, beliau mendapatkan Warrior Boots untuk dimasukkan dalam item kedua. Sebagai seorang Marksman, Warrior Boots memang diperlukan. Warrior Boots boleh tingkatkan pertahanan fizikal & kelajuan pergerakan lebih-lebih lagi di fasa early game. Ada juga yang menggunakan Swift Boots bergantung kepada hero pasukan lawan.

Sumber: Mobile Legends: Bang Bang

Hunter Strike

Hunter Strike merupakan item yang biasa disiapkan oleh pemain Beatrix. Ia juga menjadi item penting untuk Beatrix Sasa. Penyediaan Hunter Strike sebagai item ketiga adalah untuk tingkatkan serangan; burst damage & Lifesteal ketika Beatrix gunakan Nibiru & submachine gun. 

Sumber: Mobile Legends: Bang Bang

Malefic Roar

Seterusnya, Sasa akan melengkapkan item keempat yang juga mempunyai fungsi yang sama seperti Hunter Strike iaitu Malefic Roar. Dengan adanya item ini, Beatrix boleh dapatkan tambahan 60 Physical Attack & 35% Physical Penetration. Item ini penting untuk beri tambahan burst damage Beatrix.

Sumber: Mobile Legends: Bang Bang

Wind of Nature

Item kelima yang disediakan oleh Sasa untuk tingkatkan lagi keberadaan Beatrix dalam team fight adalah Wind of Nature. Item ini akan berikan serangan fizikal tambahan. Selain itu, ia juga akan membenarkan Beatrix bertahan lama dalam perlawanan dengan adanya 10% Physical Lifesteal.

Sumber: Mobile Legends: Bang Bang

Tidak dapat dinafikan, item yang disediakan oleh Sasa untuk meningkatkan lagi damage yang dikeluarkan oleh Beatrix memang antara yang paling berkesan. Item tambahan yang dibawakan oleh beliau adalah Athena’s Shiled kerana pada ketika itu HomeBois membawa masuk Cecilion. Item tambahan bergantung kepada hero pasukan lawan.

Tetapi 5 item utama yang dibawakan oleh Sasa; Blade of Despair, Warrior Boots, Hunter Strike, Malefic Roar & Wind of Nature adalah item yang membantu beliau dapatkan 9 mata penyingkiran! Memang terbaik! Memang bukan Sasa sahaja yang boleh bawakan Beatrix dengan baik tetapi beliau berjaa tunjukkan penguasaan ketika memakai hero Marksman ini!

Jangan lupa ikuti Hyprgame di TwitterFacebook dan Instagram untuk berita menarik!

Tanda:

Anda mungkin juga menyukaià

Tinggalkan komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *