MEMUAT

Taip untuk mencari

MLBB: Hero core pegang peranan penting dalam perlawanan!

atq_hyprgame
Kongsi

Disebabkan sekarang adalah musim MPL Malaysia S9, mungkin ramai yang sudah mengetahui apa itu core dalam Mobile Legends. Dan, apakah peranan seorang core. Hero core adalah hero yang dilabel sebagai Jungler atau hero carry.

Memang penting peranan seorang core dalam permainan. Pemain yang memegang role core memiliki hanya satu objektif utama iaitu membawa pasukan mereka ke arah kemenangan. Disebabkan itu, core perlu berikan fokus yang penuh untuk farm terlebih dahulu dari fasa early sehingga mid game untuk dapatkan power spike.

Sumber: Mobile Legends: Bang Bang

Tanpa melakukan aktiviti farming yang mencukupi, memang sukar untuk core membantu pasukannya mendapatkan permainan yang baik. Kenaikan level yang cepat penting untuk seorang core. Jadi, core perlu dapatkan buff yang secukupnya supaya dia dapat power spike yang diperlukan.

Antara hero yang sering digunakan untuk mengisi role core adalah hero Marksman & Assassins. Namun, kerap kali juga hero Fighter dibawa masuk sebagai core (bukanlah sesuatu yang baru). Tetapi, Marksman & Assassins memang menjadi pilihan kerana kedua-duanya ada potensi yang sangat besar untuk carry sesuatu pasukan. 

Kenapa core penting dalam MLBB? — Kerana hero yang memegang role core dalam perlawanan mempunyai kelebihan untuk keluarkan damage yang besar. Sukar nak lihatkan core sesuatu pasukan itu tidak mempunyai kekebalan yang nyata. Kebanyakan pemain yang memakai hero core tahu item apa yang akan membantu mereka keluarkan damage tambahan.

Apa peranan core dalam Mobile Legends? 

Peranan yang dinyatakan juga merupakan sebab kenapa hero core penting. Tugas penting pada pemain yang memegang role core bukanlah tugas yang mudah. Core harus menyerlah dalam perlawanan & mendapatkan objektif dengan segera. Antara hero core terbaik adalah Hayabusa, Ling, Gusion, Lancelot, Brody & Claude.

Memulakan gank

Antara tugas utama seorang core adalah memulakan gank. Untuk seorang core initiate dalam perlawanan dengan baik memang penting. Kita tahu core mampu untuk keluarkan damage yang besar lebih-lebih lagi apabila mereka sudah dapatkan power spike yang diperlukan. 

Gank adalah tugas yang perlu dibuat oleh core untuk membantu pasukan yang memerlukan untuk jatuhkan hero pihak lawan. Selain daripada itu adalah untuk beri tekanan kepada pasukan lawan. Ia juga dapat membantu mendapatkan EXP & Gold daripada setiap pembunuhan yang didapatkan.

Memang ia akan beri kelebihan buat pasukan. Dalam pada masa yang sama, ketika waktu respawn pasukan lawan, pasukan boleh jatuhkan turret pihak lawan (jika masa mencukupi kerana selalunya respawn di fasa early game tidak begitu lama). 

Sumber: Gaming Theos

Mendapatkan objektif

Core juga bertanggungjawab untuk mengamankan objektif yang ada di dalam MLBB. 3 objektif utama dalam MLBB adalah seperti Turret, Turtle & Lord. Disebabkan core memiliki damage yang lebih besar, jadi harapan untuk dapatkan objektif memang bergantung kepada hero ini.

Kita tahu EXP & Gold sangat penting dalam permainan untuk bantu memperkuatkan lagi pasukan dengan adanya tambahan EXP & Gold. Turtle mampu berikan EXP & Gold tambahan kepada pasukan yang mendapatkannya. Manakala, kejatuhan turret pihak lawan akan membenarkan pasukan lebih mudah mencapai base mereka. 

Lord juga sangat penting dalam MLBB. Jika berjaya untuk dapatkan Lord, pasukan boleh dapatkan bantuan daripada Lord untuk membantu melawan pasukan lawan. Lord juga keluarkan damage yang agak besar (boleh jatuhkan turret dengan mudah).

Jangan lupa ikuti Hyprgame di TwitterFacebook dan Instagram untuk berita menarik!

Tanda:

Anda mungkin juga menyukaià

Tinggalkan komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *