MEMUAT

Taip untuk mencari

Ini sebabnya KarlTzy tinggalkan Bren Esport

Kongsi
Ini sebabnya KarlTzy tinggalkan Bren Esport

KarlTzy atau nama sebenarnya Karl Gabriel Nepomuceno merupakan pemain profesional Mobile Legends Filipina yang sebelum ini bermain untuk pasukan Bren Esport. Selepas beliau memutuskan untuk keluar daripada pasukan itu dan ingin meneruskan pelajarannya sebelum diambil oleh pasukan Echo.

Selepas hampir 2 tahun bersama pasukan Bren Esports, KarlTzy juga telah membantu pasukan itu untuk muncul juara dalam beberapa kejohanan besar. KarlTzy juga telah membawa pasukan Bren Esports muncul sebagai juara dunia di kejohanan M2 World Championship pada tahun 2021. 

Pengalaman dan bakat yang ada pada KarlTzy semestinya telah menarik perhatian beberapa organisasi di luar sana. KarlTzy yang sedikit kecewa dengan layanan yang diberikan oleh pihak Bren Esports telah membuatkan beliau untuk berundur dari pasukan itu dan membuat haluannya sendiri.

Credit : RevivaL TV

KarlTzy mengatakan bahawa Bren Esport yang kini mempunyai pemain yang sangat ramai dan telah membuatkan beliau tidak mempunyai latihan yang cukup semasa beliau masih aktif di dalam pasukan. Setiap kali latihan scrim beliau seringkali ditukar dengan pemain lain dan itu membuatkan dia seakan di pinggirkan daripada latihan berpasukan.

Kemudian, KarlTzy yang bercadang untuk melanjutkan kehidupan hariannya dan memberi fokus kepada pelajaran tidak kesampaian apabila beliau diambil oleh Echo untuk melengkapi barisan pemain mereka. Kini KarlTzy menjadi sebahagian daripada pemain Echo dan akan muncul juara dunia sekali lagi bersama pasukan baharu itu.

Jangan lupa ikuti Hyprgame di TwitterFacebook dan Instagram untuk berita menarik!

Tanda:

Anda mungkin juga menyukaià

Tinggalkan komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *