MEMUAT

Taip untuk mencari

Pasukan MSC Esport di banned seumur hidup dari PUBGM ID

Kongsi
Pasukan MSC Esport di banned seumur hidup dari PUBGM ID

PUBG Mobile Indonesia telah mengeluarkan kenyataan rasmi terhadap pemain MSCZEINYSARC atau nama sebenarnya Muhammad Al-Ghazali Fasya yang di banned seumur hidup daripada mengikuti mana-mana kejohanan rasmi PUBG Mobile, selepas beliau ditangkap bermain curang semasa kejohanan DG WIB baru-baru ini. 

Perkara itu diumumkan selepas pihak Krafton membuat semakan lebih terperinci terhadap pemain itu, dan terbukti telah berlaku curang dengan menggunakan hacks semasa kejohanan rasmi itu sedang berlangsung.

Sumber : PUBG Mobile esport ID

Lebih mengeruhkan lagi, bukan sahaja pemain itu yang di banned seumur hidup. Malah seluruh pasukannya juga MSC ARCANE telah di banned seumur hidup dari bermain kejohanan rasmi PUBG Mobile.

“Demi menjaga ekosistem esport Pubg Mobile Indonesia agar menjadi lebih baik dan tetap bersih, dan telah mengambil tindakan berat terhadap pemain yang bermain secara kotor di dalam mana-mana tournament rasmi mereka”, kata pihak Krafton.

Credit : GreenCorner.GG

MSC Esports merupakan sebuah organisasi daripada kalimantan Indonesia yang telah mempunyai beberapa pasukan dibawahnya yang mewakili di PUBG Mobile, Mobile Legends Bang Bang, Free Fire dan Point Blank. Organisasi ini diwujudkan pada tahun 2019 dan bermula daripada PUBG Mobile sehingga ke platform e-sukan yang lain.

Justeru, pihak MSC Esports juga telah bertindak tegas terhadap pemain dan pasukan yang terlibat dalam menggunakan taktik kotor bagi memenangi sesuatu kejohanan dengan membuang mereka daripada senarai nama yang bernaung di bawah MSC Esports. Pihak MSC Esports, memohon maaf kepada pihak yang terlibat serta pasukan-pasukan yang bertanding di DG WIB ketika itu.

Keputusan yang diambil ini juga telah disokong kuat oleh pemain profesional Indonesia sendiri. Bagi mengekalkan pertandingan yang adil, pihak yang berwajib harus bertanggung jawab dengan keputusan yang telah dibuat.

Jangan lupa ikuti Hyprgame di TwitterFacebook dan Instagram untuk berita menarik!

Tanda:

Anda mungkin juga menyukaià

Tinggalkan komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Seterusnya