MEMUAT

Taip untuk mencari

MPL MY S9: Tiada pemain baru, Todak yakin dengan line up yang sama!

atq_hyprgame
Kongsi

Siapa yang tidak mengenali Todak? Mereka adalah pasukan MLBB yang paling dinanti-nantikan dalam MPL Malaysia S9. Dengan konsistensi yang mereka bawa di dalam MPL, tidak mustahil unit yang Todak miliki sekarang mampu untuk jadi pencabar terkuat di MPL Malaysia S9.

Buat masa kini, untuk MPL Malaysia S9, Todak dilihatkan tidak akan berpisah dengan mana-mana pemain mereka. Begitu juga dengan penambahan. Barisan pemain Todak terdiri daripada Moyy, 4Meyz, Ajiq, Yums, Momo, Ciku & Moon. Seperti yang kita tahu, Moon & Ciku antara pemain yang paling lama bersama dengan organisasi e-sukan tersebut.

Sumber: Todak MLBB
Sumber: Todak MLBB

Tekanan yang tinggi untuk Ajiq jika Ciku berehat? 

Walaupun Ciku dikatakan akan berehat dari MPL Malaysia S9, itu tidak membuatkan Todak kelihangan satu tunggak utama dalam roster mereka. Pasukan Todak dikenali sebagai pasukan yang memiliki pemain yang boleh memegang peranan sebagai multirole

Sebelum ini, kita boleh lihat bahawa Ajiq mampu untuk membawa role beliau sebagai Jungler dengan baik. Walaupun ramai yang melihat Ciku sebagai Jungler terbaik Todak (tidak dapat dinafikan) tetapi pembawakan Ajiq di dalam pasukan itu merupakan satu proses baru. Ajiq juga memiliki aura positif bersama dengan pemain Todak yang lain — chemistry & komunikasi.

Sumber: Todak MLBB
Sumber: Todak MLBB

Berita tentang rehatnya Ciku dari MPL Malaysia S9 mungkin akan memberi sedikit tekanan buat Ajiq. Kedua-dua pemain ini memegang posisi core dalam Todak. Semua tahu potensi & kekuatan Ciku sebagai seorang Jungler.

Dengan adanya Ajiq menggantikan Ciku sebagai full time Jungler (jika Ciku berehat), ia akan meningkatkan lagi perbandingan di antara permainan Ciku sebagai seorang Jungler. Mungkin ia akan beri tekanan yang tinggi untuk Ajiq terus menerus berikan performa yang terbaik.

Tiada penambahan pemain, Todak yakin dengan line up yang sama

Siapa yang tidak yakin dengan line up Todak? Secara peribadi, rasanya semua komuniti MLBB Malaysia yakin dengan line up yang Todak ada sekarang. Roster mereka yang sekarang ini adalah roster yang akan menjadi pencabar utama dalam MPL Malaysia S9.

Kita dapat lihat bahawa ada beberapa penambahan pemain dalam pasukan lain tetapi Todak memutuskan untuk kekal bersama dengan roster yang sama. Dengan performa yang mereka tunjukkan di Kejohanan Dunia M3, Todak lebih bersedia & yakin untuk dapatkan kejuaraan di MPL Malaysia S9 bersama dengan roster terkuat mereka.

Sumber: MPL Malaysia

Jangan lupa ikuti Hyprgame di TwitterFacebook dan Instagram untuk berita menarik!

Tanda:

Anda mungkin juga menyukaià

Tinggalkan komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *