Valorant ialah penembak taktikal yang memerlukan 10 pemain dalam satu permain dan dibahagikan kepada 5v5. Setiap match yang dimainkan sangat laju dan sengit yang memfokuskan pada kepakaran penggunaan kebolehan ejen dan komunikasi yang baik untuk memenangi perlawanan itu. Riot Games, sebaliknya, telah mencipta mod yang lebih santai untuk pemain bermain santai atau memanaskan badan sebelum bermain kompetitif rank.
Riot telah menemui keseimbangan yang tepat antara mod kompetitif dan kasual yang menarik seperti Snowball Fight, yang menggantikan peluru dengan bola salji dan lebih banyak tawaran standard seperti Deathmatch dan Spike Rush.
Walaupun pada hakikatnya permainan pada masa ini mempunyai bilangan mod yang baik, pencipta dikatakan sedang mengusahakan mod baharu yang dipanggil Control, yang mungkin menjadi kegemaran peminat jika berjaya diselesaikan dan diumumkan nanti.
Riot Games sedang mengusahakan mod permainan baharu di mana pasukan bertempur untuk menawan zon dan memperoleh mata terbanyak sebelum masa tamat. Seakan mod yang telah muncul di PUBG Mobile yang memerlukan tawanan zon (A,B dan C) sebelum tamat tempoh perlawanan.
Sumber daripada ValorLeaks mengatakan bahawa “Pasukan akan bersaing dengan meraih mata, kedua-dua pasukan akan berlumba untuk mendapatkan markah tertinggi.”
ValorLeaks menyatakan bahawa tiada maklumat lain pada masa ini, tetapi memandangkan rekod prestasi yang baik dalam pembocoran maklumat Valorant, adalah munasabah untuk mempercayai bahawa mod itu akan benar-benar terjadi.
Mod ini akan menjadi lebih menarik dengan melihat cara mod ini dimainkan dalam permainan selain daripada yang dinyatakan, serta cara kebolehan mempengaruhi permainan. Walau bagaimanapun, masih tiada tarikh untuk pelancaran mod baharu ini.
Jangan lupa ikuti Hyprgame di Twitter, Facebook dan Instagram untuk berita menarik!