MEMUAT

Taip untuk mencari

Tags: , ,

Onic Esport umumkan barisan pemain wanita PUBG Mobile mereka

Kongsi
Onic Esport umumkan barisan pemain wanita PUBG Mobile mereka

ONIC Esport telah mengumumkan barisan pemain PUBG Mobile wanita baharu mereka semalam. Pasukan Onic Axe dianggotai oleh empat pemain wanita dan akan bertanding di musim baharu PUBGM yang akan mula tidak lama lagi.

Sebelum ini, Onic Esport sudah mempunyai barisan pemain PUBG Mobile mereka sendiri yang dinamakan Onic Glory. Dianggotai oleh beberapa pemain yang berbakat dan juga mengikuti PMPL ID wanita musim yang ke 2 dan berakhir di tempat ke 6 secara keseluruhan.

Pelepasan pemain wanita Onic Glory telah diumumkan pada 6 September 2021, selepas seminggu tamatnya PMPL ID Ladies S2. 

Kemunculan Onic Axe kali ini, akan memberi satu semangat yang baharu buat organisasi itu untuk bertanding di musim yang akan datang. Peminat juga tidak sabar untuk melihat pemain-pemain Axe beraksi di kejohanan yang akan datang.

Onic Axe dianggotai oleh : 

  • Scarlet
  • Cecil
  • Sothpe 
  • Mickey 

Pemain berpengalaman seperti Sothpe dan Mickey merupakan bekas ahli pasukan Capital 9 Axe yang sebelum ini pernah bertanding di kejohanan PMPL ID wanita musim ke 2 dan berakhir di tempat yang ke 9.

Jangan lupa ikuti Hyprgame di TwitterFacebook dan Instagram untuk berita menarik!

Tanda:

Anda mungkin juga menyukaià

Tinggalkan komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Seterusnya