MEMUAT

Taip untuk mencari

Pemain Battlefield 2042 mahukan wang mereka dikembalikan!

Kongsi

Kecoh! Pembeli-pembeli permainan Battlefield 2042 mengamuk selepas permainan itu diumumkan Free To Play tidak lama lagi. Tambahan lagi, mereka menyesal selepas mencuba permainan yang rosak dan tidak sempurna itu tidak menyerupai permainan Battlefield yang lainnya.

Rata-rata pemain Battlefield 2042 telah membuat tuntutan terhadap Steam untuk mengembalikan wang pembelian mereka secara serta merta. Permainan yang dianjurkan oleh pihak pembangun EA telah mendapat kecaman hebat semenjak ia dilancarkan pada tahun lalu.

Bagi peminat permainan FPS, semestinya mereka berasa kecewa selepas pembangun terkenal EA telah mengeluarkan permainan yang seakan tidak habis diterokai dan disempurnakan untuk dimainkan oleh orang ramai.

Bukan tuntutan sahaja dibuat, malah pemain juga menghentam permainan itu secukupnya di Reddit. Carta pemain Battlefield 2042 menunjukkan penurunan yang sangat drastik dan permainan itu juga dinyatakan sebagai permainan paling teruk dalam sejarah FPS. Lebih mengejutkan lagi, permainan Battlefield yang dicipta oleh netizen untuk mengetroll permainan FPS itu mendapat sambutan yang lebih positif berbanding tajuk asalnya.

Sumber Foto: Reddit

Lebih menyakitkan hati, apabila pemain-pemain yang ingin mendapatkan bayaran semula tidak dibenarkan oleh pihak Steam. Oleh kerana, pemain telah bermain melebihi had masa yang diberikan oleh pihak Steam sebelum membuat tuntutan pembayaran semula.

Disebabkan perkara ini, pihak EA mendapat nama yang buruk dan tidak dipercayai oleh penggiat permainan video lagi. Meskipun, diberikan akses untuk dimainkan secara percuma akan tetapi permainan ini tidak lagi mendapat sambutan orang ramai.

Jangan lupa ikuti Hyprgame di TwitterFacebook dan Instagram untuk berita menarik!

Tanda:

Anda mungkin juga menyukaià

Tinggalkan komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *