MEMUAT

Taip untuk mencari

PUBG Mobile Esports akan bawakan Liga Francais di Asia Tenggara

atq_hyprgame
Kongsi

Tencent telah mengumumkan roadmap mereka bagi hala tuju PUBG Mobile Esports untuk tahun 2022 & mendedahkan banyak perubahan pada keseluruhan ekosistem. Salah satunya ialah model francais untuk Asia Tenggara.

James Yang, Pengarah Esport Global PUBG Mobile berkata bahawa model francais akan dilaksanakan di SEA pada separuh kedua tahun ini. Yang juga berkata model Francais yang akan dibawa masuk berbeza daripada model yang sedia ada dan ia juga akan “lebih ringan & terbuka”.

Walaupun Tencent masih belum mengumumkan butiran lengkap tentang model francais yang akan diterapkan, nampaknya liga francais itu tidak akan ditutup sepenuhnya & dikhaskan untuk beberapa organisasi e-sukan. Jika ia “terbuka”, pasukan boleh masuk ke dalam liga francais melalui kejohanan peringkat rendah — lebih banyak peluang.

Sumber: PUBG Mobile Esports

Dalam sidang media yang telah dimuat naik di Youtube PUBG MOBILE Esports pada 21 Januari, Yang memberitahu matlamat jangka panjang berkenaan dengan francais & cara ia memberi manfaat kepada organisasi dalam PUBG Mobile.

“Pasukan profesional [kini] boleh terlibat dalam perniagaan,” kata Yang. “Mereka [akan] juga melabur & menyokong [permainan] dengan lebih kuat & juga mendapat bahagian daripada apa yang kami buat. Jadi, mereka bukan Sahaja bertindak sebagai [pesaing] tetapi juga sebagai stakeholder.”

Buat masa ini, satu-satunya manfaat yang pasukan PUBG Mobile dapat daripada e-sukan ini ialah bahagian daripada kumpulan hadiah (prize pool). Dalam model francais, mereka malah dapat ambil bahagian daripada revenue tersebut.

James Yang juga menyatakan minat untuk mengembangkan francais ke wilayah lain pada masa hadapan. Beliau berkata bahawa pasukan itu “mencuba” di SEA akhir tahun ini & berharap boleh membuat beberapa perubahan.

“Saya tidak fikir sistem itu akan menjadi sempurna dan matang sepenuhnya,” kata Yang. “Tetapi pada 2023, ia akan menjadi lebih stabil dan dipertingkatkan.”

Sumber: PUBG Mobile Esports

Melihat Asia Tenggara menjadi rantau untuk lancarkan liga francais, tidak begitu menghairankan kerana Asia Tenggara mempunyai pangkalan pemain PUBG Mobile yang ketara & kejohanan di rantau ini menarik penonton terbanyak di seluruh dunia, tidak termasuk China.

Yang berkata jika sistem francais itu berfungsi di SEA, ia “pasti” akan berkembang ke wilayah lain juga. Beliau juga berkata ini akan memudahkan organisasi besar untuk menyertai kerana mereka akan mendapat “pulangan kewangan yang baik.”

Liga SEA yang dijangka bakal dilancarkan pada akhir tahun ini bukanlah liga francais pertama dalam PUBG Mobile. Permainan e-sukan ini juga mempunyai kejohanan francais di China & Jepun iaitu Peacekeeper Elite League (PEL) & PUBG Mobile Japan League (PMJL)

Sumber: PEL
Sumber: Krafton

Seperti yang kita tahu, China mempunyai permainan berbeza yang dipanggil Peacekeeper Elite (juga dikenali sebagai Game for Peace) yang mengikut undang-undang ketat negara itu Manakala,  PUBG Mobile dikendalikan oleh Krafton di Jepun.

Kedua-dua wilayah ini, bagaimanapun, tidak pernah mengikuti ekosistem e-sukan PUBG Mobile global yang terdiri daripada PUBG Mobile Pro League (PMPL) & PUBG Mobile Club Open (PMCO)

Informasi lanjut tentang model francais ini pasti akan dikemaskini oleh Tencent dari semasa ke semasa. Buat masa sekarang belum ada lagi informasi lengkap namun model francais ini dijangka bakal dilaksanakan pada separuh kedua tahun 2022.

Jangan lupa ikuti Hyprgame di TwitterFacebook dan Instagram untuk berita menarik!

Tinggalkan komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *