MEMUAT

Taip untuk mencari

MPL ID S9: Masih belum umumkan roster, MPL ID mula 18 Februari ini!

atq_hyprgame
Kongsi

Regular Season MPL Indonesia S9 akan bermula 18 Februari ini, sama dengan tarikh bermulanya MPL Filipina S9! Namun, sehingga kini, 8 pasukan MPL Indonesia masih belum mengumumkan roster lengkap mereka.

Indonesia juga menerapkan liga francais dalam MPL sama seperti MPL Filipina. Jadi, 8 pasukan tetap yang akan bertanding di Regular Season MPL Indonesia S9 adalah RRQ Hoshi, Alter Ego, Bigetron Alpha, Geek Fam ID, ONIC ID, AURA Fire, EVOS Legends & Rebellion Genflix.

Sumber: MPL Indonesia

Setiap musim, rata-rata daripada komuniti MLBB di Malaysia, Filipina mahupun Indonesia sendiri memang menunggu roster lengkap pasukan Indonesia lebih-lebih lagi pasukan popular seperti RRQ Hoshi, ONIC ID, Alter Ego & EVOS Legends. 

Dijangka bahawa roster lengkap pasukan MPL Indonesia akan diumumkan dalam masa yang terdekat. Sebelum ini ada juga hint yang melibatkan pemain profesional MLBB seperti Lemon, Xinn, Leo Murphy, Drian & selebihnya

Sumber: MPL Indonesia
Sumber: MPL Indonesia

Adakah pasukan MPL Indonesia akan membuat perubahan roster besar-besaran? Pemain veteran seperti Lemon akan kembali di liga MPL?

Alter Ego

Sebelum ini, laman rasmi @emak_moba yang sering mengemaskini semua informasi terkini tentang pemain Mobile Legends: Bang Bang ada memuat naik posting mengatakan bahawa 2 pemain Alter Ego, Leomurphy & Ahmad akan bermain di MDL bersama dengan Alter Ego X. 

Sebenarnya sedikit mengejutkan kerana kita tahu Leomurphy & Ahmad adalah pemain MLBB Alter Ego yang mempunyai chemistry yang kuat bersama dengan barisan pemain Alter ego yang lain Udil, Celiboy, PAI, Nino & Rasy.

Sejauh mana keberadaan Leomurphy & Ahmad dalam pasukan Alter Ego X yang akan bermain di MDL belum dapat dipastikan lagi kerana organisasi e-sukan itu tidak keluarkan roster lengkap pasukan tersebut. 

Sumber: Alter Ego
Sumber: emak_moba

RRQ Hoshi 

Berita ini banyak diperkatakan, sejak habis Kejohanan Dunia M3 lagi bahawa Xinn akan berehat di MPL ID S9 & pemain yang akan menggantikan beliau dalam roster RRQ Hoshi musim kali ini adalah Lemon. Dalam Nimo TV milik RRQ Xinn, beliau ada menyatakan, 

“Bocorkan sikit roster RRQ? 5 orang sahaja ya yang saya boleh bocorkan — Skylar, Vyn, R7, Alberttt, Deden (Clay), 5 dulu ya, 5 lagi teka dulu guys, saya sudah bocorkan, itu bocorannya, kan saya dah cakap ada 10, oh iya Teguh (Psychoo), dah 6 orang ya,”

Pemain yang dijangka akan lengkapkan roster MPL ID S9 adalah: Alberttt (Jungler), Aether (Jungler), Skylarrr (Gold Laner), Lemon (All Role), R7 (EXP Laner), Yummy (EXP Laner), Vynnn (Roamer), Violence (Roamer), Clayyy (Mid Laner) & Psychooo (Mid Laner).

Aether, Violence & Yummy adalah nama pemain di MDL. Dan, Xinn tidak meletakkan nama beliau di dalam roster kerana sebelum ini Xinn ada katakan bahawa beliau akan berehat. Adakah Lemon betul-betul akan membuat kemunculan beliau di MPL ID S9? 

Sumber: RRQ Hoshi
Sumber: emak_moba

Regular Season MPL Indonesia S9 akan bermula 18 Februari ini!

Pasukan MPL Indonesia memiliki platform yang sangat besar di dalam liga MLBB disebabkan oleh fanbase & komuniti MLBB Indonesia yang terlalu besar. Jadi, khabar angin yang kerap kali tular di media sosial boleh dikatakan hampir tepat walaupun belum ada kepastian.

Adakah akan ada rombakan besar-besaran dalam roster pasukan MPL Indonesia S9? Atau memang akan ada pemain MPL Indonesia yang akan lengkapkan roster di MDL?

Kami di Hyprgame akan terus mengemaskini informasi lanjut tentang liga MLBB MPL Malaysia, MPL Filipina & MPL Indonesia! Tarikh bermulanya egular season bagi MPL Malaysia S9 masih belum diumumkan, mungkin Regular Season MPL bagi ketiga-tiga negara ini akan bermula serentak.

Jangan lupa ikuti Hyprgame di TwitterFacebook dan Instagram untuk berita menarik!

Tanda:

Anda mungkin juga menyukaià

Tinggalkan komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *