MEMUAT

Taip untuk mencari

TSM umum barisan pemain baharu mereka

Kongsi
TSM umum barisan pemain baharu mereka

Organisasi Amerika Utara TSM telah mengumumkan senarai pemain pasukan Valorant baharu bagi mengharungi  Valorant Champions Tour yang akan bermula pada 27 Januari 2022, tidak lama lagi.

Pasukan TSM kini terdiri daripada pemain utamanya Wardell, Subroza, LeviathanAG, Corey dan juga Rossy. Corey merupakan bekas pemain daripada pasukan FaZe Clan, manakala Rossy merupakan bekas pemain Immortals. Perkara ini, telah diumumkan oleh pihak TSM semalam.

Pemain-pemain baharu mereka telah berlatih bersama pemain lama demi mencari keserasian dan juga kelebihan untuk beberapa minggu. Sejurus selepas tamat tempoh percubaan, pemain-pemain itu terus ditandatangani oleh TSM dan telah melengkapi barisan pemain mereka yang telah kosong untuk beberapa waktu sebelum ini.

Semasa Playoff Peringkat Tiga Pencabar pada bulan Ogos lalu, TSM memperolehi kedudukan lapan teratas, yang jauh di bawah jangkaan organisasi itu. TSM gagal melayakkan diri ke VCT Masters di Berlin, yang merupakan peluang terakhir pasukan itu untuk mendapat tempat di acara antarabangsa pada tahun 2021.

Pada 11 Ogos, TSM tewas ditangan pasukan Envy di kelompok atas manakala pasukan Rise menewaskan TSM sehari kemudian, sekali gus telah menamatkan larian kejohanan mereka.

Corey sebelum ini bermain untuk FaZe, di mana dia dilihat dalam kejayaannya mengalahkan beberapa pasukan terbaik di rantau Amerika Utara. Tetapi malang buat pasukan FaZe selepas gagal melayakkan diri ke kejohanan Champions semasa pusing kelayakan yang merupakan peluang terakhir mereka.

Rossy bermain untuk pasukan Immortals semasa VCT tahun lepas. Walaupun Immortals gagal mencapai tahap persaingan tertinggi, mereka berjaya mengalahkan pemain seperti TSM, Andbox, dan Rise semasa Pencabar Tahap Dua, yang berlangsung pada bulan April tahun lepas.

Jangan lupa ikuti Hyprgame di TwitterFacebook dan Instagram untuk berita menarik!

Tanda:

Anda mungkin juga menyukaià

Tinggalkan komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Seterusnya