MEMUAT

Taip untuk mencari

Tags: , ,

Next Ruya tunjuk taring dan Nova Esport masih mengejar.

Kongsi

Hari pertama bagi pusingan grand final PMGC 2021 telah bermula semalam. Persaingan sengit yang ditunjukkan oleh pasukan-pasukan terkuat di seluruh negara telah memberi debaran terhadap peminat PUBG Mobile seluruh dunia. Kejohanan yang menawarkan hadiah wang tunai sebanyak $3,490,000 USD dan gelaran juara dunia PUBG Mobile semestinya menjadi rebutan pasukan-pasukan yang bertanding.

Sebanyak 6 perlawan telah dimainkan oleh semua pasukan, dan hanya 12 perlawanan yang masih berbaki. Memberikan pasukan-pasukan yang berada dibawah sedikit harapan untuk mengejar pasukan-pasukan yang berada di atas carta hari pertama.

Pasukan Next Ruya Esport kini telah mendahului carta di tempat yang pertama dengan mata pungutan sebanyak 76 mata dan 1 WWCD. Pasukan yang mewakili Turkey ini telah menunjukkan taring pada hari pertama, dengan mendapat 35 mata singkir dan 41 mata kedudukan. Masih lagi tidak berada di dalam kedudukan yang selesa, mereka harus mencari mata lebih bagi menjarakkan kedudukan daripada pasukan terkuat China yang kini berada di belakangnya.

May be an image of text that says "PUBG ESPORTS PUBG MOBILE CHAMPIONSHIP TEAM PMGC 2021 GRAND FINALS OVERALL RANKINGS DAY1 RANK TOTAL RANK TEAM ELIMS RANK TOTAL ELIMS RANK NRx 35 41 2 NV 9 DWG 21 19 NGX 10 40 20 FG 22 64 STE 25 34 SZSTE20 5 59 17 DX 12 17 36 24 6 13 53 INFIN 13 12 4RIVALS 4RAL 34 0 10 46 A7 30 14 24 S2G 20 44 15 NAVI 15 29 24 FB 18 1 11 42 16 GodL 19 3 0 21-23 JAN 19:00 GMT+8 KRAFTON PUBG MOBILE MALAYSIA YouTube Gaming +ONEPLUS Sairmont (5GGR"
Credit : FB PubgMobile Esports Malaysia

Manakala pasukan juara dunia musim pertama iaitu Nova Esport, yang mengekori rapat pasukan Next Ruya di kedudukan yang ke 2 dengan mata pungutan sebanyak 67 mata. Seperti yang kita lihat, pasukan Nova Esport masih lagi di dalam keadaan yang konsisten seperti kejohanan PMGC musim pertama. Mereka menstabilkan mata singkir dan mata kedudukan bagi mengekalkan konsistensi dan rentak untuk memecut pasukan yang berada di atas.

Walau bagaimanapun, penjarakkan mata antara pasukan-pasukan lain tidak terlalu jauh. Membolehkan mereka untuk mengatur semula strategi dan melakukan sesuatu pada hari kedua. Tidak lupa juga pada pasukan tanah air yang sedang bertungkus lumus membawa nama Malaysia di puncak dunia PUBG Mobile.

Jangan lupa ikuti Hyprgame di TwitterFacebook dan Instagram untuk berita menarik!

Tanda:

Anda mungkin juga menyukaià

Tinggalkan komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Seterusnya