MEMUAT

Taip untuk mencari

EA kecewa dengan Battlefield 2042

Kongsi
EA kecewa dengan Battlefield 2042

Battlefield 2042 berkemungkinan akan menjadi percuma untuk dimainkan setelah permainan itu telah menghasilkan pandangan buruk daripada peminat Battlefield semenjak ia dilancarkan pada bulan November tahun lepas.

Perkara ini timbul selepas orang dalam industri “Tom Henderson” yang telah menjadi sasaran dengan dakwaannya tentang permainan tersebut yang seakan dunia futristik, mempunyai bencana alam seperti puting beliung dan ribut salji yang menjejaskan kualiti pertempuran sepanjang permainan.

Beliau telah berhubung dengan pihak developer permainan Grand Theft Auto untuk membetulkan permainan itu dan mengembangkan lagi tatapan Battlefield 2042. Dan ini merupakan satu-satunya tawaran daripada pihak Rockstar Games untuk memperbetulkannya.

“EA meluahkan rasa kecewanya dengan prestasi Battlefield 2042 dan ‘melihat semua pilihan’ apabila ia datang kepada tajuk besar itu, ini termasuk melihat Free to Play dalam beberapa kapasiti,” dakwa Henderson, menjanjikan lebih banyak kemas kini mengenai bahagian ini dalam masa terdekat. Sebenarnya, melihat Battlefield 2042 telahpun gagal dalam beberapa bulan kebelakangan ini.

Malahan permainan “Clownfield 2042” yang bertujuan untuk menyindir “Battlefield 2042” mempunya lebih ramai pemain dan jumlah muat turun berbanding daripada tajuk asalnya. Segala penemuan pepijat atau permasalahan dalam permainan telah direkodkan pemain dan dilaporkan kepada pihak developer. Tetapi ia seakan tidak diambil endah dan membuatkan lagi permainan itu dilihat teruk di mata peminat Battlefield.

Walau bagaimanapun, Pembangun DICE menyedari situasi itu dan menyedari bahawa banyak isu dengan Battlefield 2042 ini telah dicetuskan oleh pihak dalam developer. “Kami mengambil masa terlalu lama untuk menyelesaikan masalah ini,” kata pengarah reka bentuk kanan Justin Weibe sebagai respons kepada aduan seorang pemain tentang masalah dengan perkembangan di Portal secara khusus.

Jangan lupa ikuti Hyprgame di TwitterFacebook dan Instagram untuk berita menarik!

Tanda:

Anda mungkin juga menyukaià

Tinggalkan komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *