MEMUAT

Taip untuk mencari

Alasan Xinnn berehat daripada MPL musim ke 9

Kongsi
Alasan Xinnn berehat daripada MPL musim ke 9

Yesaya Armando Wowiling atau lebih dikenali sebagai “XINNN” merupakan salah seorang anggota pasukan RRQ Hoshi yang telah menempa nama di pentas dunia baru-baru ini. Xinnn telah memulakan kariernya sebagai pemain profesional semenjak MPL ID musim ke 3. Beliau kini yang berumur 24 tahun, telah menyatakan hasrat untuk berehat daripada mana-mana scene pro kompetitif dan ingin menikmati kehidupannya.

Perkara itu telah diungkap oleh Xinnn sendiri semasa ia membuat siaran langsung di Nimo TV, terdapat banyak soalan yang telah dilontarkan oleh peminat setelah Xinn merupakan salah satu anggota terkuat buat pasukan RRQ Hoshi untuk sekian lamanya. 

Credit : INSTA SPIN ESPORTS

Baru-baru ini pasukan RRQ Hoshi berjaya melayakkan diri ke pentas dunia M3 dan bertanding pasukan-pasukan terkuat di seluruh dunia. Meskipun pasukan RRQ Hoshi tidak dapat menjuarai kejohanan dunia itu, akan tetapi mereka berjaya menamatkan larian di tempat ke 6 setelah tewas di tangan sang juara dunia Blacklist International.

Xinn menyatakan bahawa beliau ingin mempunyai masa bersama keluarga, dan beliau telah bertungkus lumus semenjak musim MPL ID ke 3. Peminat-peminat Xinn juga meluahkan rasa sedih, tidak dapat melihat Xinn bertanding di kejohanan MPL yang akan diadakan nanti.

Adakah Xinnn akan berehat untuk sementara waktu atau berehat selama-lamanya ?

Jangan lupa ikuti Hyprgame di TwitterFacebook dan Instagram untuk berita menarik!

Tanda:

Anda mungkin juga menyukaià

Tinggalkan komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Seterusnya