MEMUAT

Taip untuk mencari

MWI 2022: IDNS Laos & TH bergabung, bawa nama IDNS Princess

atq_hyprgame
Kongsi

Rasmi! IDNS Laos & Thailand akan bergabung dengan membawa nama IDNS Princess di MLBB Women’s Invitational. Pasukan Thailand, IDNS Elsa juga merupakan pasukan demputan di MWI 2022 tetapi mereka harus melepaskan slot tersebut. 

Pada 7 Januari yang lalu, organisasi e-sukan IDONOTSLEEP (IDNS) Esports telah pun membuat pengumuman bahawa mereka akan memindahkan 2 pemain dari IDNS Elsa untuk sertai pasukan Laos iaitu IDNS Princess di MWI 2022. 

Secara rasminya, Ramella & Silver akan bergabung tenaga dengan barisan pemain IDNS Princess di MWI 2022. Dengan penggabungan ini, peminat IDONOTSLEEP (IDNS) boleh menyaksikan chemistry yang bakal dibawakan oleh gabungan Ramella, Silver & roster IDNS Princess di MWI yang akan berlangsung 27 Januari ini.

Sumber: MPL Malaysia
Sumber: MPL Malaysia

Untuk pengetahuan semua, Ramella pernah menjadi satu-satunya wanita yang membuat kemunculan di MSC 2021. Pada ketika itu Ramella bermain bersama-sama dengan pasukan di bawah organisasi yang sama iaitu IDONOTSLEEP (IDNS) Esports. Kemunculan satu-satunya pemain MLBB wanita di MSC 2021 pada ketika itu memang menjadi bualan ramai!

Dari situ, Ramella mendapat banyak perhatian dari komuniti MLBB di Asia Tenggara. Ramella juga mendapat gelaran “The Only Girl at MSC 2021” selepas beliau sertai barisan pemain IDNS Esports di kejohanan Asia Tenggara yang diwakili oleh pasukan lelaki secara keseluruhannya.

Ramella is back! Beliau akan sertai IDNS Laos yang juga di bawah organisasi e-sukan yang sama di MWI 2022 bersama dengan Silver. Semua peminat Ramella terutamanya boleh melihat kemunculan beliau dalam merebut kejuaraan di MWI bersama dengan 8 pasukan Asia Tenggara yang lain!

Berikut merupakan barisan pemain rasmi IDNS Princess di MWI 2022

  • Vanthilda “AYOKK” Phimmavong
  • Viphaphone “PloyyCat” Inthavanh
  • Mithouna “SAKURA” Chanthalyma
  • Duangnapha “Melon” Thummavong
  • Patcharee “Ramella” Korpakdee
  • Silver Chen “PERAK” Jun Yun

Untuk informasi/maklumat lanjut tentang MLBB Women’s Invitational 2022; pasukan, talent, bracket, format & masa perlawanan, boleh ke laman rasmi MWI 2022 & ONE Esports.

Kami di Hyprgame juga akan kemaskini informasi berkaitan dengan MWI 2022. Jangan lupa gunakan kunci kata “MWI 2022” untuk memudahkan carian.

Jangan lupa ikuti Hyprgame di TwitterFacebook dan Instagram untuk berita menarik!

Tanda:

Anda mungkin juga menyukaià

Tinggalkan komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Seterusnya