MEMUAT

Taip untuk mencari

Exclusive interview Team Secret

Kongsi
Exclusive interview Team Secret

Muhammad Arif Badrul Hisham atau dikenali sebagai SecretLimfey merupakan pengurus pasukan Secret yang baharu selepas ketiadaan OnTheGo yang telah membimbing pasukan itu untuk sekian lamanya. Arif Badrul merupakan rakan karib kepada OnTheGo dan merupakan wajah baharu yang mengendalikan pasukan esukan Malaysia. 

Pihak kami telah menemu bual pengurus pasukan Secret berkenaan kejohanan dunia yang akan berlangsung nanti.

Ini merupakan pertama kali anda menguruskan pasukan yang besar di peringkat dunia, apa perasaan anda?

Perasaan saya sedikit gemuruh, sebab saya semasa mengambil alih untuk mengurus pasukan Secret pun diorang baru sahaja memenangi PMPL SEA semasa bimbingan OnTheGo, dan itu memberikan saya sedikit tekanan tetapi bagaimanapun alhamdulillah sebab kami berjaya untuk melepasi ke pusingan grand final PMGC.

Di liga dan final PMGC yang lepas, pasukan Secret berada di kedudukan ke 12  dan 8, apakah faktor yang menyebabkan pasukan Secret tidak berjaya mendapatkan kedudukan yang lagi baik ?

Pada pendapat saya sebagai pengurus pasukan Secret yang baru, punca dia adalah meta yang dibawa oleh pasukan-pasukan PMGC. Tambahan lagi, terdapat pasukan baharu dari Korea dan Jepun yang membawa kelainan dan hebat. Kami mengambil masa untuk serasi dengan corak permainan dan kami sendiri tak puas hati mendapat tempat ke 12 dan 8, dan kami improvekan diri dan semestinya untuk mengejar gelaran juara dunia Pubg Mobile.

Pasukan mana yang korang rasa paling mencabar di PMGC 2021 nanti ?

Bagi kami pasukan DWG merupakan salah satu pasukan yang kami harus awasi kerana mereka merupakan pasukan juara bagi east league final. Kami juga berwaspada terhadap pasukan Infinity dan lain-lain.

Siapa yang akan menjadi line-up utama pasukan Secret di PMGC nanti? Adakah korang akan tukar line-up berdasarkan prestasi semasa? Atau korang akan kekalkan pertukaran roster seperti biasa?

Bagi yang ini kami tak boleh beri apa-apa jawapan, just nantikan pada PMGC final nanti. Hehe

Dengan adanya 16 pasukan PMGC bertanding di saringan Timur & Barat, apa yang pasukan Secret harapkan & nantikan di PMGC pada kali ini?

Bagi pasukan Secret dan saya sekali sebagai pengurus baru, kami berharap yang terbaik untuk pasukan kami juga. Kami juga menumpukan tempat teratas dan lebih baik daripada result PMGC yang lalu di dubai.

Jangan lupa ikuti Hyprgame di TwitterFacebook dan Instagram untuk berita menarik!

Tanda:

Anda mungkin juga menyukaià

Tinggalkan komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Seterusnya