MEMUAT

Taip untuk mencari

WCS 2022: SEM9, Geek Fam & Alliance di WCS Regular Season

atq_hyprgame
Kongsi

Riot telah mengumumkan roadmap Wild Rift Esports untuk Season 2022 di mana akan ada 8 liga serantau di seluruh dunia yang bakal dimainakan. Musim pertama bagi Wild Rift Esports akan berlangsung dari Januari hingga Mei

Liga serantau yang bakal diadakan akan membawa 24 pasukan ke kejohanan terbesar Wild Rift iaitu Wild Rift Global Championship Icons. 8 daripada mereka akan layak terus ke acara utama. 

Sumber: Riot

2 pasukan Malaysia; SEM9, Geek Fam & 1 pasukan Singapura; Alliance adalah pasukan jemputan di regular season bagi liga WCS 

Rasmi! SEM9, Geek Fam & Alliance adalah 3 pasukan jemputan yang akan mara ke Wild Rift Champions SEA MYSG 2022 Regular Season. Seperti yang sudah dibincangkan sebelum ini, terdapat beberapa pusingan yang perlu dilalui sebelum mara ke regular season. 

Bagi SEM9, Geek Fam & Alliance, ketiga-tiga pasukan ini akan menunggu di regular season. Regular season akan membawakan 8 pasukan secara keseluruhan termasuk pasukan jemputan. Mereka akan merebutkan tempat 6 teratas untuk mara ke playoffs. 

Sumber: ESL Malaysia

Kelayakan terbuka bagi Wild Rift Champions SEA (WCS) MYSG 2022 akan dibuka pada 21 Januari sehingga 23 Januari ini. Semua peserta yang ingin mengambil bahagian dalam kelayakan terbuka WCS 2022 boleh mendaftarkan penyertaan di WCS MYSG (Malaysia & Singapore). Buat masa kini, hanya terdapat 4 penyertaan.

Regular season bagi Wild Rift Champions SEA (WCS) MYSG 2022 akan bermula pada 25 Februari sehingga 27 Mac. Regular season akan berlangsung selama 5 minggu dalam format double round-robin. Manakala pasukan yang layak ke playoffs akan memulakan pertandingan pada 1 April sehingga 10 April.

Kami di Hyprgame akan mengemaskini semua informasi terkini berkaitan dengan Wild Rift Champions SEA (WCS) MYSG 2022. Untuk informasi yang berterusan, boleh ke laman rasmi Facebook ESL Malaysia & Wild Rift Esports.

Jangan lupa ikuti Hyprgame di TwitterFacebook dan Instagram untuk berita menarik!

Tanda:

Anda mungkin juga menyukaià

Tinggalkan komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *