MEMUAT

Taip untuk mencari

DaddyHood umumkan Homebois 2022

Kongsi
DaddyHood umumkan Homebois 2022

DaddyHood merupakan pengasas bagi organisasinya iaitu HomeBois yang sedang berkembang pesat di dalam esukan, production dan lain-lain lagi. Beliau telah membawa organisasinya itu jauh berkembang dalam membantu anak-anak muda demi mencapai matlamat mereka dan kemahuan mereka di dalam industri ini.

Beliau juga kini telah berehat daripada platform esukan dan menyerahkan tanggung jawab itu terhadap rakannya sendiri iaitu Tuan Azrin Izzuddin a.k.a Avaakadavra untuk menguruskan segala perihal dalam esukan yang berkaitan dengan organisasinya itu. Buat masa ini, Avaa masih lagi dalam perbincangan untuk beberapa perkara bagi menjayakan pasukan-pasukan di bawah naungan Homebois kepada DaddyHood untuk diluluskan.

Credit to : YT Pencil robot

Tambahan lagi, terdapat beberapa pemain kompetitif yang tidak lagi akan bermain di dalam scene esukan seperti Ijat, Ajiji dan Nukk untuk menjayakan projek pertama mereka yang dikenali sebagai trio distro sebuah kedai barbershop dan mereka juga akan meneruskan membuat konten “lifestyle” dan juga “motorsport”.

Bukan itu sahaja, di tahun 2022  rakan-rakan rapat DaddyHood juga mendapat beberapa anugerah seperti Soloz telah mendapatkan anugerah pingat daripada kerajaan Negeri Sembilan dan XKPenjahat bakal menerima beberapa anugerah sepanjang beliau berkarier di dalam esukan ini.

DaddyHood juga akan memberi sokongan kepada Intan Serah dalam menjayakan akademi futsal pertamanya dan akan menolong Intan Serah dari segala sudut bagi menjayakan projeknya itu. 2022 juga merupakan tahun bahagia bagi Zynn Interpuret yang bakal membina masjid bersama pasangannya nanti dan DaddyHood mengucapkan tahniah kepada Ben Gaming yang telah menjadi suami orang pada tahun 2022 ini.

DaddyHood mengharapkan tahun 2022 ini akan menjadi tahun yang lebih kukuh berbanding tahun 2021. Tahun 2021 merupakan permulaan organisasinya dalam pelbagai bentuk dan kini pada tahun 2022, organisasinya cuma perlu memperbetulkan kekurangan dan mengekalkan kestabilan dalam organisasi.

Jangan lupa ikuti Hyprgame di TwitterFacebook dan Instagram untuk berita menarik!

Tanda:

Anda mungkin juga menyukaià

Tinggalkan komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *