MEMUAT

Taip untuk mencari

Zeri akan tiba, League of Legends umumkan champion yang ke 158

atq_hyprgame
Kongsi

Riot Games sudah pun memulakan tahun 2022 dengan mengumumkan kemasukan champion mereka yang ke-158. Riot telah secara rasmi melancarkan champion seterusnya untuk sertai League iaitu Zeri, The Spark of Zaun.

Sumber: Riot

Sinopsis champion League of Legends, Zeri The Spark of Zaun

Zeri adalah “wanita muda yang keras & bersemangat dari kelas pekerja Zaun” yang caj dirinya & senjata tersuainya dengan sihir elektrik, menurut biografi rasmi yang dikeluarkan oleh Riot. Kekuatannya juga mencerminkan emosi seorang yang penyayang & mempunyai empati seperti yang dihuraikan oleh Riot;

“Zeri carries the love of her family and her home into every fight.”

Zeri juga rasmi sebagai champion ADC dengan Ekko sebagai champion yang berkait rapat dengan Zeri mengikut dari biografinya. Tidak ada gambaran penuh bagaimana kedua-duanya mempunyai kaitan, tetapi kita dapat melihat dia bakal membuat beberapa kemunculan dalam cerita akan datang.

Dalam tradisinya, magik telah bersama-sama dengan Zeri sejak lahir & personaliti elektrik dan kuasa Zeri telah meninggalkan banyak kesan yang kurang baik terhadap orang ramai. Ada yang selesa dengan Zeri, tetapi ada juga yang menganggap Zeri sebagai gangguan kerana dia boleh menyebabkan kerosakan yang agak teruk jika dia menjadi terlalu emosi.

Sumber: SkinSpotlights

Di laman rasmi Riot Games, Zeri disenaraikan sebagai Marksman di mana sebelum ini Riot ada memberitahu perkara itu dalam Roadmap 2022 mereka. Riot ada memberi hint bahawa champion ADC akan datang pada awal tahun 2022 & ia adalah Zeri, The Spark of Zaun. 

Champion ke-158 yang ditambah di dalam League of Legends menjanjikan pengalaman yang lebih baik & memberi musim baru keterujaan. Dan, Zeri adalah champion yang akan memenuhi jaminan itu.

Sumber: PlayerIGN

Buat masa kini, Riot hanya mengumunkan biografi Zeri sahaja. Tarikh pelancaran champion baru mereka ini masih belum diberitahu.

Terjemahan & informasi ini diambil sedikit sebanyak dari Dot Esports, Inven Global, Screen Rant & Riot Games.

Jangan lupa ikuti Hyprgame di TwitterFacebook dan Instagram untuk berita menarik!

Tanda:

Tinggalkan komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *