MEMUAT

Taip untuk mencari

MPL MENA Spring Split 2022 akan diselenggara Februari ini

atq_hyprgame
Kongsi

Moonton telah pun meluaskan arena Land of Dawn mereka di luar negara Asia Tenggara. Tahun lalu, Moonton telah pun mengumumkan bahawa mereka akan mengadakan scene kompetitif di Timur Tengah & Afrika Utara yang diberi nama sebagai MPL MENA.

Menurut Liquipedia, MPL MENA Spring Split 2022 akan mula diselenggara pada bulan 7 Februari 2022 ini.

MPL MENA merupakan scene kompetitif rasmi bagi MPL League yang diadakan oleh Moonton di luar Asia Tenggara selepas MPL Brazil yang telah diselenggara pada bulan Ogos 2021. 

Sumber: MLBB-مواجهة الأبطال

MPL MENA akan dibahagikan kepada 2 bahagian — Spring & Fall

Selepas kejayaan M3 Arabia Major yang merupakan kualifikasi untuk pasukan-pasukan MENA ke pentas dunia M3 Championship, kini, Moonton akan mula menyelenggara MPL MENA Spring Split 2022 yang dijangka akan bermula pada Februari sehingga April ini.

Seperti biasa, sebelum mencari 10 pasukan terbaik di MPL MENA Spring Split 2022, pasukan harus melalui kelayakan dahulu. Kelayakan terbuka dijangka akan diadakan pada 20 Januari ini. 


Sumber: MLBB-مواجهة الأبطال

Di MPL MENA, mereka akan membahagikan kejohanan itu kepada 2 bahagian iaitu Spring Split 2022 & Fall Split 2022. Spring Split akan bermula pada November 2021 sehingga April 2022. Manakala, Fall Split akan memulakan kejohanan mereka pada September 2022 sehingga November 2022

Dari jadual yang diberikan oleh MPL MENA, di antara Spring Split & Fall Split, mereka akan mengadakan University Esports League yang akan melibatkan sebanyak 11 Universiti di wilayah MENA. 

Sumber: MLBB-مواجهة الأبطال

RM 834,400 kumpulan hadiah bagi MPL MENA Spring Split 2022

10 pasukan yang berjaya ke MPL MENA Spring Split 2022 akan merebut kumpulan hadiah sebanyak $200,000 USD (kira-kira RM 834,400). Buat masa kini, informasi tentang pecahan kumpulan hadiah itu masih belum diberitahu. 

Sebelum ini, Akatsuki merupakan pasukan yang telah menjuarai M3 Arabia Major yang berjaya membawa nama MENA ke pentas dunia. Tetapi kedudukan mereka diganti oleh GX Squad disebabkan oleh permasalahan yang dihadapi oleh Akatsuki berkenaan dengan pas perjalanan. 

M4 Championship dijangka akan diselenggara pada bulan November 2022 ini. Dengan perkembangan yang dibuat oleh Moonton, tidak mustahil perwakilan M4 pada tahun ini akan jadi lebih menarik. 

Moonton juga berjaya merealisasikan liga di negara seperti Brazil & Kemboja yang telah pun membawa pasukan mereka di pentas dunia M3 Championship buat kali pertama.

Sumber: MLBB-مواجهة الأبطال

Jangan lupa ikuti Hyprgame di TwitterFacebook dan Instagram untuk berita menarik!

Tanda:

Anda mungkin juga menyukaià

Tinggalkan komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *