MEMUAT

Taip untuk mencari

Ini sebab kenapa RRQ Xinnn rindu berkompetitif dengan Lemon

atq_hyprgame
Kongsi

Lemon merupakan pemain yang telah bersama dengan pasukan Indonesia, RRQ Hoshi sejak dari tahun 2018. Beliau tidak pernah terlepas mengikuti MPL ID bersama RRQ Hoshi. 

Tapi untuk MPL ID S8, CEO RRQ (Andrian Pauliene) menyatakan bahawa RRQ mahu membolehkan Lemon untuk berehat dari kompetitif setelah 7 musim (4 tahun) beliau membela RRQ. 

Ketiadaan Lemon sebagai pemain bagi RRQ Hoshi sejak MPL ID S8 membuatkan ramai peminat Lemon kecewa. Lebih-lebih lagi apabila RRQ Hoshi berjaya untuk mewakili Indonesia di M3. Lemon masih lagi dengan RRQ Hoshi, cuma buat masa kini beliau meneruskan karier sebagai streamer bukan. 

Sumber: MPL Indonesia

Bersama-sama dengan Lemon, Xinnn juga antara pemain RRQ Hoshi yang sudah lama dengan pasukan itu sejak tahun 2019. Pernah bermain bersama dalam beberapa musim MPL ID, Xinnn mengatakan bahawa beliau rindu untuk berkompetitif dengan Lemon. 

Di dalam Nimo TV milik RRQ Xinnn, beliau mengatakan sebab beliau rindu untuk berkompetitif dengan Lemon kerana Lemon memiliki gameplay barbar yang sama seperti Xinnn.

“Saya rindu untuk kombo dengan Mona (Lemon). Kita sama-sama ada gameplay barbar. Tapi sejak lama berpisah dengan Lemon, gameplay saya di scrim tidak barbar macam dulu. Tiada orang untuk barbar,”  

Sumber: RRQ Hoshi
Sumber: RRQ Hoshi

Itulah sebab kenapa Xinnn rindu untuk berkompetitif dengan Lemon. Lemon adalah pemain legend RRQ Hoshi yang memegang multirole. Memang Lemon memiliki gameplay yang unik.

Sebelum ini, Xinnn ada mengatakan bahawa beliau sekali lagi akan berehat dari MPL ID S9 & akan memberikan posisi beliau kepada Skylarrr.

Disebabkan perkara itu diberitahu oleh Xinnn sendiri, mungkin betul. Kalau nak diikutkan, Xinnn akan berehat dari MPL yang tidak perlukan perwakilan ke M Series seperti MPL S7.

Ada juga khabar angin mengatakan bahawa Lemon akan membuat kemunculan di MPL ID S9. Menurut Andrian Pauliene, Lemon merupakan seorang pemain yang misteri. Beliau juga tidak tahu apa yang dirancang oleh Lemon — sama ada mahu kembali ke dunia kompetitif atau tidak.

Tidak dapat dinafikan, kembalinya Lemon ke dalam dunia kompetitif bersama dengan RRQ Hoshi merupakan detik yang ditunggu-tunggu oleh komuniti Mobile Legends di Indonesia. Adakah Lemon akan membuat kemunculan beliau dalam MPL ID S9?

Jangan lupa ikuti Hyprgame di TwitterFacebook dan Instagram untuk berita menarik!

Tanda:

Anda mungkin juga menyukaià

Tinggalkan komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *