MEMUAT

Taip untuk mencari

“Ibu yang menguruskan duit kemenangan saya”- NothingToSay

Kongsi
"Ibu yang menguruskan duit kemenangan saya"- NothingToSay

Pemain Dota 2 profesional yang berbakat daripada Malaysia ini, telahpun digelar jutawan selepas beliau dan pasukannya telah mendapat tempat ke 2 di kejohanan Dota 2 The International 10 dan membawa pulang sebanyak $5.2 juta USD (RM21.7juta).

Pemain yang dikenali sebagai NothingToSay atau nama sebenarnya Cheng Jin Xiang yang berumur 21 tahun, beliau juga berasal daripada Johor telah terlibat di dalam esukan profesional semasa beliau berumur 16 tahun. Jin Xiang telah berada di dalam kancah pro ini selama 6 tahun dan di usia mudanya telahpun digelar jutawan.

Walaupun begitu, NothingToSay bukanlah seperti jutawan yang lainnya. Hidupnya masih sama seperti sediakala, melepak dan makan di kedai mamak sahaja. Selepas tamatnya kejohanan The International 10, pasukannya meraih tempat ke 2 dan kumpulan wang hadiah itu telah diagihkan kepada pemain sebanyak RM 3 Juta kepada setiap individu. Bukan itu sahaja, menurut carta Liquipedia NothingToSay telah meraih sebanyak RM 4.9 juta dalam masa 6 tahun semenjak beliau bergelar pemain profesional.

Pemain yang muda ini masih mengekalkan rendah diri. Dengan pendapatan yang tingga, tetapi NothingToSay hanya membiarkan ibunya untuk menguruskan ke semua duit kemenangannya, dengan cara itu sahaja beliau dapat membalas jasa ibu bapanya yang telah membenarkan beliau memberi fokus di permainan ini ketika usianya masih belasan tahun.

Sekarang, NothingToSay berada di China bersama rakan pasukannya PSG.LGD dalam persiapan untuk menjadi juara di kejohanan The International 11 yang akan diadakan pada tahun hadapan. Beliau juga berpandangan bahawa e-sukan mempunyai masa depan yang cerah sekiranya seseorang itu tidak berhenti berusaha.

Tanda:

Anda mungkin juga menyukaià

Tinggalkan komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *