MEMUAT

Taip untuk mencari

Dituduh teamup CEO Bigetron akhirnya bersuara !

Kongsi
Dituduh teamup CEO Bigetron akhirnya bersuara !

Terbaru, hangat di dalam komuniti PUBG Mobile Esport selepas kejadian antara pasukan pasukan Genesis Dogma (GDGID) ibarat membantu pasukan Bigetron Red Alien mendapatkan mata penyingkiran di minit awal didalam kejohanan PMGC 2021.

Perkara itu tular dan banyak spekulasi yang dibuat oleh netizen berkenaan itu. Sebelum ini, pasukan Genesis Dogma juga pernah terpalit dengan isu hangat semasa PMPL SEA musim ke 4, selepas salah seorang daripada pemain mereka mengatakan secara lantang semasa diwawancara oleh pengulas PUBG Mobile Indonesia yang mengatakan bahawa mereka akan membantu pasukan senegara untuk menjadi juara di dalam kejohanan tersebut.

Berikutan dengan kejadian terdahulu, membuatkan netizen sekali lagi beranggapan buruk tentang pasukan itu yang seakan-akan cuba bermain licik di untuk melayakkan pasukan senegaranya mara ke pusingan Grand Final PMGC 2021.

Credit to : YT GAMING MALAYA

Walau bagaimanapun, CEO Bigetron Red Aliens telah membangkang khabar angin tersebut sekeras-kerasnya, dan telah membuat ciapan di Instagram story miliknya untuk memperjelaskan perkara tersebut. Beliau juga meminta kepada netizen untuk menghentikan tuduhan-tuduhan terhadap pasukannya itu.

Bagi menjernihkan lagi keadaan, CEO Bigetron Red Alien Starlest telah memuat naik video mic check pasukan itu di Youtube, bagi membersihkan nama organisasi itu dari terbabit dengan spekulasi yang dibuat oleh netizen yang mampu mencemarkan nama organisasinya. Beliau juga tidak ingin pasukan-pasukan daripada negara lain beranggapan buruk tentang pasukannya dan mahukan kejohanan ini dimainkan secara adil dan saksama.

Source : Instagram btr_starlest

Umum mengetahui bahawa pasukan gergasi daripada Indonesia itu, tidak akan sesekali bermain secara kotor. BTR RA telah berusaha untuk melayakkan diri mereka ke PMGC 2021 dan mereka bukanlah pasukan amatur yang mengambil jalan mudah untuk memenangi sesuatu kejohanan, lebih-lebih lagi pasukan itu merupakan pasukan yang sangat berpengalaman di dalam kompetitif pro PUBG Mobile dan telah menempa nama di dalam banyak kejohanan besar.

Jangan lupa ikuti Hyprgame di TwitterFacebook dan Instagram untuk berita menarik!

Tanda:

Anda mungkin juga menyukaià

Tinggalkan komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *