MEMUAT

Taip untuk mencari

Savior dikatakan akan ke pasukan Nigma Galaxy ?!

Kongsi
Savior dikatakan akan ke pasukan Nigma Galaxy ?!

Savior atau nama sebenarnya Muhammad Hazan bin Abd Halim merupakan jurulatih pasukan SMG bagi permainan Pubg Mobile. Pasukan itu sebelum ini dikenali sebagai Bapak Ah sebelum diambil alih oleh Organisasi SMG.

Baru-baru ini terdapat khabar angin bahawa Savior akan meneruskan kariernya di salah satu pasukan Iraq Nigma Galaxy yang sedang bertanding di kejohanan PMGC 2021. Pasukan itu adalah pasukan baharu yang ditubuhkan Galaxy bagi meluaskan organisasi mereka di dalam e-sukan.

Pasukan Nigma Galaxy adalah gabungan daripada organisasi Galaxy Racer dan Team Nigma. Pemain-pemain mereka pula merupakan pasukan Gunz Esport yang bertapak di Lebanon sebelum diambil alih oleh Galaxy Racer pada 2hb Ogos 2021 yang lalu. Pasukan itu diberi nama baharu sebagai Nigma Galaxy selepas organisasi itu bergabung dengan Team Nigma pada 20hb September 2021.

Credit : EgamesWorld

Pasukan Nigma Galaxy ini diwakili oleh 5 orang pemain iaitu :

  • Raouf Abdellah “RAOUF”
  • Maad Ali Ashkar “HixYE”
  • Reshar Dawid “FREAK”
  • Musim Ahmed Jawad “Lord”
  • Mohammed Qassim “Hamody”

Walau bagaimanapun, pasukan itu tidak mempunyai jurulatih untuk membimbing mereka di setiap kejohanan dan mereka hanya bergerak secara sendiri. Khabar angin mengatakan bahawa bekas jurulatih SMG iaitu Savior akan menjadi jurulatih mereka dan akan bersama organisasi itu untuk beberapa waktu.

Kemahiran Savior dalam mengatur strategi semestinya berhasil, kerana beliau juga merupakan pemain PUBG PC profesional dan mempunyai banyak pengalaman dalam permainan itu. Tetapi adakah benar Savior akan bersama pasukan Nigma Galaxy dan adakah beliau akan ke Iraq untuk bersama skuad itu ?

Jangan lupa ikuti Hyprgame di TwitterFacebook dan Instagram untuk berita menarik!

Tanda:

Anda mungkin juga menyukaià

Tinggalkan komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *