MEMUAT

Taip untuk mencari

LCK 2022: DWG KIA kekalkan Canyon & ShowMaker dalam roster 2022

atq_hyprgame
Kongsi

Salah satu roster yang paling dinanti-nantikan telah diumumkan awal hari ini. DAMWON KIA, pasukan yang berjaya mendapatkan tempat kedua di Worlds 2021 telah pun mengumumkan senarai rasmi LCK 2022 di Twitch.

DWG KIA telah pun mempersiapkan barisan pemain mereka untuk menghadapi kejohanan LCK Spring Split 2022 yang dijangka akan bermula pada Januari 2022. 

Dalam posting DWG KIA, organisasi e-sukan itu ada mengucapkan terima kasih kepada pemain-pemain yang telah pun melengkapkan roster 2022 atas persetujuan untuk bersama dengan mereka di LCK Spring Split 2022.

Barisan pemain yang akan melengkapkan roster 2022 DWG KIA adalah Canyon (Jungle), ShowMaker (Mid), Burdol (Top), deokdam (Bot) & Kellin (Support).

Sumber: DWG KIA

Terdapat 3 pemain baru yang akan melengkapkan roster League of Legends Champions Korea (LCK) 2022 bagi DWG KIA. 

Mereka adalah adalah bekas pemain toplaner bagi Gen.g iaitu Noh “Burdol” Tae-Yun & bekas pemain bot lane bagi pasukan Nongshim RedForce — Seo “deokdam” Dae-Gil & Kim “Kellin” Hyung-Gyu.

Jungler bagi pasukan DWG KIA iaitu Kim “Canyon” Geon-Bu & midlaner Heo “ShowMaker” Su yang telah bermain untuk organisasi itu selama beberapa musim sekarang akan kekal bersama dengan DWG KIA bagi roster 2022. 

Pada mulanya, kontrak bagi kedua-dua pemain ini sudah pun tamat. Tetapi, organisasi e-sukan tersebut telah pun memperbaharui kontrak mereka atas persetujuan kedua-dua belah pihak. 

Sumber: InvenGlobal

Menurut Dot Esports, rata-rata daripada peminat DWG KIA mahu organisasi e-sukan itu memasukkan semula Jang “Nuguri” Ha-Gwon dalam roster LCK.

Nuguri merupakan pemain DWG KIA yang pernah menjadi sebab kejuaraan DWG KIA di Worlds 2020. Beliau telah pun bersama dengan pasukan itu selama 4 tahun (2017 – 2020).

Selepas bersama dengan DWG KIA, Nuguri sertai pasukan dari China iaitu FunPlus Phoenix. Tetapi selepas tamatnya Worlds 2021, Nuguri tidak lagi bersama dengan pasukan tersebut.

Kini, DWG KIA mempunyai beberapa pemain baru yang telah pun melengkapkan roster organisasi e-sukan itu. Namun, mereka masih mengekalkan beberapa ahli yang pernah membawa kejuaraan buat DWG KIA. 

Seperti yang sedia tahu, DWG KIA telah pun mengekalkan kejuaraan mereka di LCK selama 3 kali berturut-turut. Antaranya adalah: 

  • Tempat ketiga — LCK Summer 2019
  • Juara — LCK Summer 2020
  • Juara — LCK Spring 2021
  • Juara — LCK Summer 2021

Dapatkan DWG KIA mempertahankan gelaran mereka di LCK Spring Split 2022 dengan adanya barisan pemain yang kukuh? 

Jangan lupa ikuti Hyprgame di TwitterFacebook dan Instagram untuk berita menarik!

Tanda:

Anda mungkin juga menyukaià

Tinggalkan komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *