MEMUAT

Taip untuk mencari

Alliance rasmi lepaskan barisan pemain PUBG Mobile mereka

atq_hyprgame
Kongsi

Yoodo, perkhidmatan mudah alih & digital telah pun melakukan kerjasama bersama dengan organisasi e-sukan antarabangsa dari Sweden iaitu Alliance. 

Kerjasama yang dilakukan oleh mereka adalah untuk memperkenalkan barisan PUBG Mobile yang membawa nama Yoodo Alliance. 

Sumber: The Alliance

Seperti sedia tahu, roster PUBG Mobile yang membawa nama Yoodo Alliance merupakan roster bagi juara PUBG Mobile National Championship Malaysia 2021 yang dikenali sebagai GRITG ARES

Yoodo Alliance telah pun mengambil alih roster GRITG ARES pada 5 Ogos yang lalu. Barisan pemain mereka terdiri daripada Temah, Pami, Dinx, Lex & Babykim

Selepas tamat satu musim PMPL S4, kini, Yoodo Alliance rasmi membubarkan barisan pemain PUBG Mobile mereka. 

Di dalam posting yang dimuat naik di media sosial Alliance, organisasi e-sukan itu mengatakan, 

“Today another page will turn, as we say goodbye to our current PUBGM roster. These guys worked really hard to improve every day, and we wish them nothing but luck going forward! See you on the battlefield.” 

Sumber: Alliance

Berjaya memasuki pentas profesional PUBG Mobile bagi PMPL S4, pasukan itu masih mengekalkan slot untuk mara ke PMPL S5 selepas menamatkan kedudukan di tempat ke-13.  

Selamat maju jaya diucapkan buat Temah, Pami, Dinx, Lex & Babykim untuk perjalanan yang seterusnya! 

Jangan lupa ikuti Hyprgame di TwitterFacebook dan Instagram untuk berita menarik!

Tanda:

Anda mungkin juga menyukaià

Tinggalkan komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *