MEMUAT

Taip untuk mencari

Eypul tersenarai Top 11 Grenadier PMPL Region

Kongsi
Eypul tersenarai Top 11 Grenadier PMPL Region

Pubg Mobile Esport telah menunjukkan 12 pemain yang mewakili setiap kejohanan PMPL dalam kategori Top grenadier di Instagram rasmi mereka, semalam. Tidak dinafikan pasukan Malaysia juga mempunyai pemain yang berkualiti dan berada di dalam carta keseluruhan Grenade Masters.

Pemain yang berkualiti ini merupakan salah seorang pemain daripada pasukan 4Rivals iaitu Eypul atau nama sebenarnya Mohammad Saiful Anuar. Eypul telah mendapatkan 120 mata penyingkiran dengan menggunakan bom tangan sepanjang beliau bermain di PMPL MY/SG musim ke 4.

Credit : Insta PUBG Mobile Esports

Dengan kumpulan 120 mata penyingkiran itu meletakkan Eypul di tempat ke 11 dari 12 pemain yang mendapatkan Title Grenade Master tersebut. Sedikit latar Eypul hanya tiga pasukan professional sahaja yang pernah dimasukinya. Terdahulu beliau merupakan salah seorang pemain pasukan NED dan bertukar ke pasukan Dingoz MPX yang dikenali sebagai 4Rivals dengan barisan pemain yang sama.

Pasukan 4Rivals sedang mempersiapkan diri bagi menempuh cabaran di kejohanan liga PMGC 2021 yang akan diadakan minggu hadapan. Pasukan 4Rivals juga merupakan pasukan yang konsisten dalam pencarian mata, mereka juga kerap menunjukkan permainan agresif dalam pencarian mata penyingkiran.

Apakah Eypul dan rakan-rakannya akan membolot kesemua title yang ada nanti?. Sama-sama kita menyokong pasukan tanah air yang akan bersaing dengan pasukan-pasukan dari seluruh dunia.

Jangan lupa ikuti Hyprgame di TwitterFacebook dan Instagram untuk berita menarik!

Tanda:

Anda mungkin juga menyukaià

Tinggalkan komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Seterusnya