MEMUAT

Taip untuk mencari

Tags: ,

OnTheGo rasmi berpisah dari pasukan terbaik Malaysia, Team Secret

atq_hyprgame
Kongsi

Partibhan Petchayappen atau lebih dikenali sebagai OnTheGo (OTG) memulakan karier beliau di dalam bidang e-sukan sebagai pengulas. 

Karier OTG sebagai pengulas Bahasa Melayu bermula ketika beliau diberi peluang bersama dengan 4 lagi pengulas dari Malaysia untuk mengulas PUBG Mobile Club Open — Spring Split: SEA League di Shanghai, China.

Itu merupakan titik permulaan OTG di dalam bidang e-sukan bersama-sama dengan rakan baik beliau, Azrul Anwar Azman (J Hunter). Juga bersama dengan Qontra, Icybaby12 & ChuChu.

Sumber: Team Secret

Umum mengetahui bahawa selepas pasukan Genexsus menjuarai PUBG Mobile Club Open — Spring Split: SEA League di Shanghai, China, Team Secret telah pun mengambil alih roster pasukan itu. 

OTG sertai Team Secret pada tahun 2019. Beliau juga bersama dengan Team Secret sejak dari PUBG Mobile Pro League (PMPL) Season 1.

Beliau merupakan individu yang menyaksikan pelbagai pencapaian yang ditunjukkan oleh Team Secret sejak dari PUBG Mobile Pro League (PMPL) Season 1. 

Berada di bawah jagaan beliau sebagai pengurus Team Secret, Team Secret berjaya mendapatkan beberapa kejayaan sehingga membawa nama mereka di persada dunia.

Antaranya pencapaian terbaik Team Secret bersama OTG adalah:

  • Juara: PUBG Mobile Pro League — Southeast Asia Championship Season 4 Finals
  • Juara: PUBG Mobile Pro League — MYSG Season 2 Finals
  • Juara: PUBG Mobile Pro League — MYSG Season 2 League
  • Juara: PUBG Mobile Pro League — MYSG Season 1 Finals

Team Secret juga berjaya mendapatkan tempat di PUBG Mobile Global Championship sebanyak 2 kali berturut-turut dengan roster yang berlainan. 

Sumber: Team Secret

OnTheGo (OTG) tidak lagi bersama dengan Team Secret sebagai pengurus 

Kini, OTG yang diberi gelaran sebagai ‘The Best Manager’ bagi Team Secret tidak lagi akan berkhidmat buat pasukan tersebut. 

Lebih dari 2 tahun menyumbangkan tenaga beliau bersama dengan Team Secret, beliau merupakan antara salah satu pengurus e-sukan yang berjaya membawa nama Team Secret di pentas dunia. 

Selain daripada menjadi seorang pengulas & pengurus bagi Team Secret, OTG juga merupakan seorang strimer Facebook — Onthego Productions

Beliau juga bertanggungjawab dalam mengadakan scrim yang dikenali sebagai ‘Scrim Saja Saja (SSS)’ bagi pasukan-pasukan PMPL Malaysia bersama-sama dengan pengulas PUBG Mobile yang lain; Emi Mohamad, Soultann & Cik Am.

Kami di Hyprgame ucapkan selamat maju jaya buat Onthego!

Jangan lupa ikuti Hyprgame di TwitterFacebook dan Instagram untuk berita menarik!

Tanda:

Anda mungkin juga menyukaià

Tinggalkan komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *