MEMUAT

Taip untuk mencari

Pasukan Secret akan loan pemain dari luar negara-OTG

Kongsi
Pasukan Secret akan loan pemain dari luar negara-OTG

OnTheGo selaku pengurus pasukan Secret, telah mengatakan bahawa pasukan itu akan mengambil pemain sementara untuk bersama mereka di kejohanan yang akan datang pada tahun hadapan.

Pasukan Secret yang telah mempunyai tempat di kejohanan PMGC 2021 dan berada di kumpulan E bersama juara dari Indonesia pasukan GDIS. Pasukan Secret akan memberi tumpuan penuh di kejohanan dunia ini sebelum mereka bertanding di peringkat Sukan Asia Tenggara, tahun hadapan.

OnTheGo mengatakan perkara itu semasa beliau membuat penstrim SSS di Facebook rasminya. Klu yang diberikan oleh beliau adalah pemain itu merupakan warga negara Malaysia tetapi bermain untuk pasukan luar negara. Adakah uHigH yang diperkatakan oleh OTG atau sebaliknya?.

Credit to : YT pencil robot

Kejohanan yang diperkatakan itu juga ibarat Sukan Asia yang akan dipertandingkan tahun hadapan. Pasukan Secret kekurangan seorang pemain sekiranya pasukan itu bermain di Sukan Asia yang mewajibkan warganegara untuk mewakili di kejohanan itu. 

Walau bagaimanapun, perkara itu tidak dijelaskan secara lebih mendalam dan meninggalkan tanda tanya kepada peminat. Tetapi yang pastinya nama yang disebut oleh OTG adalah UhigH yang sekarang bermain untuk pasukan Bigetron Red Alien di Indonesia.

Tanda:

Anda mungkin juga menyukaià

Tinggalkan komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Seterusnya