MEMUAT

Taip untuk mencari

Worlds 2022: Riot Games umumkan tour multi-city di North America

atq_hyprgame
Kongsi

Riot Games telah pun mengumumkan bahawa League of Legends Worlds 2022 akan diadakan di 4 bandar Amerika Utara pada tahun hadapan. 

4 bandar yang diumumkan oleh Riot Games adalah New York, Toronto, Mexico City & San Francisco. Ini merupakan kali pertama Riot Games menganjurkan kejohanan dunia di multi-city. 

Sumber: LoL Esports
Sumber: LoL Esports

Riot Games juga akan membuat persinggahan pertama mereka di Mexico & Canada. Kali terakhir Riot Games menganjurkan kejohanan dunia di Amerika Utara adalah pada tahun 2016.

Kini, di Worlds 2022, Riot Games akan kembali semula ke negara itu. Kejohanan itu akan dilihatkan di 4 bandar ini: 

  • Play-Ins — Mexico City, Mexico
  • Groups and Quarterfinals — New York City
  • Semifinals — Toronto, Canada
  • Finals — San Francisco, California 
Sumber: LoL Esports

Berikut merupakan lokasi League of Legends World Championship yang diadakan sebelum ini: 

  • Laugardalshöll Sport Center in Reykjavík, Iceland (2021) 
  • SAIC Motor Pudong Arena in China (2020)
  • AccorHotels Arena in Paris, France (2019)
  • Incheon Munhak Stadium, Incheon (2018)

Worlds 2021 baru sahaja menutup tirai mereka pada awal bulan November ini yng diadakan di Reykjavík, Iceland. 

Pada awalnya, Worlds 2021 dirancang untuk diadakan di Shenzen, China. Namun, disebabkan oleh pandemik & peningkatan kes di China, Riot Games telah menukar lokasi Worlds 2022.

Walaupun Riot tidak membuka arena Worlds 2021 untuk tontonan umum, kejohanan itu telah mencatat jutaan tontonan secara online lebih-lebih lagi apabila Edward Gaming berjaya merebut kejuaraan dari juara bertahan, DWG KIA. 

Jangan lupa ikuti Hyprgame di TwitterFacebook dan Instagram untuk berita menarik!

Tanda:

Anda mungkin juga menyukaià

Tinggalkan komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *