MEMUAT

Taip untuk mencari

39 Juta muat turun PUBG New State dalam 8 hari

Kongsi
39 Juta muat turun PUBG New State dalam 8 hari

Krafton secara rasminya telah melancarkan PUBG New State mereka baru-baru ini, sambutan yang diterima juga amat menakjubkan dan semakin berkembang. Di lancarkan pada 11 November mendapat sambutan yang agak baik. Dalam masa 4 hari sahaja 20 juta pemain telah memuat turun permainan itu.

Pubg New State juga menerima sebanyak 55 juta pre registration daripada seluruh negara tidak termasuk China dan Vietnam. Menurut laporan App Annie, PUBG New State pada 18 November 2021 telah mencecah 39.4 juta pemain yang telah memuat turun permainan itu melalui Google Play dan juga App Store.

Kita dapat lihat PUBG New State mendapat sambutan hangat di 5 buah negara iaitu US, Russia, South Korea, Brazil dan Mexico. Tidak lama lagi ramai pemain daripada PUBG Mobile akan berpindah ke PUBG New State bagi menimba pengalaman baharu serta grafik yang menarik.

Apakah Krafton akan membuat PUBG New State ini lagi berkembang daripada Pubg Mobile yang menjadi tumpuan seluruh dunia?. Dengan pembangunan yang dibuat oleh Krafton jelas sekali bahawa pengalaman yang akan diterima pemain ibarat mereka bermain Pubg di platform PC.

Tanda:

Tinggalkan komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Seterusnya