MEMUAT

Taip untuk mencari

KillJoy buat video berkenaan Tema Aracane !

Kongsi
KillJoy buat video berkenaan Tema Aracane !

Menurut klip yang di upload oleh Valorant di Twitter menunjukkan Killjoy yang agak teruja dengan rancangan Arcane yang akan dilancarkan nanti. Jelas menunjukkan bahawa Killjoy peminat League of Legends.

Sebelum ini, Riot Games telah meraikan rancangan Netflix yang bertemakan Arcane yang akan dilancarkan nanti. Walaupun ia dilancarkan di permainan League Of Legends tetapi Riot tidak melupakan untuk memasukkan tema itu di dalam permainan video dibawahnya yang lain seperti Valorant, Legend of Runeterra dan lain-lain.

Di dalam klip tersebut menunjukkan KillJoy mengatakan bahawa misteri berkenaan Arcane hampir berakhir dan dia akan berkongsi keseronokan di suatu tempat misteri.

KillJoy yang menggodam akaun Twitter rasmi VALORANT untuk menghantar pesanan ringkas kepada peminat-peminat di luar sana. KillJoy juga menyatakan beliau akan membuat cosplay pada salah satu bot yang dimilikinya dan berjanji akan menyiarkan lebih banyak informasi nanti.

Sepertinya terdapat beberapa nama Ejen yang meminat liga Arcane itu seperti Breach,Brimstone, Jet dan lain-lain. Riot juga mempunyai beberapa item misteri di dalam permainan mereka sepanjang November ini. Pemain juga boleh mendapatkan pas misteri untuk membuka hadiah percuma dan membeli set misteri premium.

Mesti ramai yang tidak sabar dengan pelancaran Arcane di Netflix pada 6 November nanti kan?. Dapatkan maklumat lebih lanjut daripada KillJoy dengan cosplay yang akan dibuatnya nanti.

Jangan lupa ikuti Hyprgame di TwitterFacebook dan Instagram untuk berita menarik!

Tanda:

Anda mungkin juga menyukaià

Tinggalkan komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *