MEMUAT

Taip untuk mencari

MPL ID capai 2.7 Juta “Peak Viewers”

Kongsi
MPL ID capai 2.7 Juta "Peak Viewers"

Siapa sangka permainan video di telefon pintar kini telah mendapat sambutan hangat di seluruh dunia. Permainan Mobile Legends Bang Bang ini telah mendapat sambutan yang sangat memberangsangkan dan hampir mengejar carta peak views Dota2: The international 10.

Kedua-dua permainan ini mempunyai kategori yang sama “strategy game”, tetapi yang membezakan permainan itu adalah daripada segi platform permainan video itu dimainkan. Dimana Dota2 hanya boleh dimainkan di komputer manakala Mobile Legends Bang Bang dimainkan di telefon pintar dan dibolehkan untuk di mainkan di komputer.

Sambutan views Mobile Legends Bang Bang mencapai sebanyak 2.3 juta peak views semasa kejohanan MPL Indonesia di peringkat Final dimainkan. Di hari terakhir itu, pasukan Onic yang bertembung dengan pasukan RRQ Hoshi mendapat sebanyak 2,374,410 peak views. Di match yang berikutnya, pasukan Onic bertemu Evos.LGN mempunyai sebanyak 2,392,579 peak views.

Dibandingkan dengan peak views di dalam carta Dota 2 semasa kejohanan The International 10 berlangsung hanya sebanyak 2.7 juta dan itu hanya di perlawanan terakhir antara pasukan PSG.LGD bertembung Team Spirit. 

Sumber : Echarts

Ini menunjukkan bahawa Mobile Legends Bang Bang mendapat sambutan setaraf dunia, lagi pula Mobile Legends Bang Bang sangat terkenal di komuniti Indonesia dan Malaysia. Disebabkan ianya dimainkan di telefon pintar, ia memudahkan mana-mana individu yang mempunyai telefon pintar untuk bermain permainan itu.

Mobile Legends juga sebelum ini telah melebarkan sayap mereka ke Amerika Latin, dan itu salah satu punca permainan itu hampir dikenali di seluruh dunia.

Jangan lupa ikuti Hyprgame di TwitterFacebook dan Instagram untuk berita menarik!

Tanda:

Tinggalkan komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Seterusnya