MEMUAT

Taip untuk mencari

China melarang kanak-kanak di bawah 16 tahun dari livestreaming

atq_hyprgame
Kongsi

Terbaru, China telah membuat sekatan permainan dan internet bagi kanak-kanak yang berada di bawah umur 16 tahun.

China telah mengumumkan bahawa negara itu akan menyekat atau banned kanak-kanak di bawah umur 16 tahun daripada melakukan livestreaming atau streaming dalam talian. 

Ini merupakan sekatan terbaru yang diumumkan oleh kerajaan China bagi mengawal interaksi kanak-kanak dengan permainan video dan internet.

South China Morning Post melaporkan bahawa dewan negara China telah menetapkan garis panduan baharu yang merupakan sebahagian daripada 10 tahun perancangan dalam perkembangan kanak-kanak. 

Sumber: TECHSPOT

Garis panduan yang baharu ini menyeru agar perkhidmatan servis dalam talian termasuk servis livestreamig untuk menghadkan masa dan wang yang dibelanjakan oleh kanak-kanak dalam talian. 

China telah menyekat penyedia platform livestreaming untuk memberi kebenaran kepada kanak-kanak di bawah 16 tahun mendaftar sebagai streamer. Peraturan ini akan dikuatkuasakan melalui sistem ID di seluruh negara bagi memantau kanak-kanak di bawah 16 tahun. 

Klik di sini untuk baca dengan lebih lanjut: China kuatkuasakan peraturan baru bagi kanak-kanak di bawah 16 tahun 

Memang banyak larangan dan peraturan yang ditetapkan oleh China terhadap permainan video dan juga aktiviti-aktiviti di dalam talian. Namun, perkara yang dibuat oleh negara itu pasti bersebab. 

Jangan lupa ikuti Hyprgame di TwitterFacebook dan Instagram untuk berita menarik!

Tanda:

Anda mungkin juga menyukaià

Tinggalkan komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *