MEMUAT

Taip untuk mencari

Pasukan manakah yang akan mara ke playoffs MPL MY S8?

atq_hyprgame
Kongsi

MPL MY S8 menampilkan sebanyak 10 buah pasukan iaitu Orang Esports, Team SMG, RSG MY, Suhaz Esports, SDGR EA ELBZ, Todak, Geek Fam, Homebois, Team Bosskur dan Red Esports

Sumber: MPL Malaysia

10 pasukan ini telah dibahagikan kepada dua kumpulan iaitu Kumpulan A dan Kumpulan B. 

Kumpulan A terdiri daripada pasukan Orang Esports, Team SMG, RSG MY, Suhaz Esports dan SDGR EA ELBZ.

Manakala, Kumpulan B terdiri daripada Todak, Geek Fam, Homebois, Team Bosskur dan Red Esports. 

Akan ada dua jenis saringan iaitu regular season dan playoffs. Regular season akan dimainkan dari Minggu Pertama sehingga Minggu Kelima. 

Di regular season, setiap pasukan akan berjumpa dan berentap dengan pasukan yang berada di dalam kumpulan yang sama sekurang-kurangnya dua kali. Kesemua pusingan akan dimainkan dalam Best of Three Format (BO3). 

Manakala, di fasa kedua kejohanan, iaitu Minggu Keenam sehingga Minggu Kelapan, pasukan dari Kumpulan A dan Kumpulan B akan berentap sesama sendiri. 

4 pasukan terbaik dari setiap kumpulan akan berentap di Grand Playoffs yang akan diadakan pada Minggu Kelapan. 

Berikut merupakan keseluruhan pasukan dari Minggu Pertama sehingga Minggu Kelima bagi Kumpulan A dan Kumpulan B: 

Sumber: MPL Malaysia
Sumber: MPL Malaysia

Kelihatan bahawa pasukan ELBZ mempunyai kesukaran untuk mengutip mata di regular season MPL MY S8.

Begitu juga dengan Team Bosskur dan Red Esports. Ini merupakan peluang terakhir bagi pasukan-pasukan ini untuk melayakkan diri ke playoffs. 

Pasukan manakah yang akan disingkirkan dari MPL musim ini?

Jangan lupa ikuti Hyprgame di TwitterFacebook dan Instagram untuk berita menarik!

Tanda:

Anda mungkin juga menyukaià

Tinggalkan komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Seterusnya