MEMUAT

Taip untuk mencari

Pemain JDT FC, Mohamadou Sumareh bersaing di Champions eFootball

atq_hyprgame
Kongsi

Champions eFootball yang merupakan litar e-sukan serantau yang diwakili oleh pemain bola sepak profesional Asia akan melangsungkan kejohanan pertama mereka bermula pada 9 September sehingga 7 Oktober.

Kejohanan ini merupakan kolaborasi yang diadakan bersama-sama dengan bakat e-sukan dan juga pemain bola sepak profesional daripada kelab bola di Asia untuk bersaing di pentas antarabangsa. 

Pemain bola sepak profesional, Mohamadou Sumareh akan bersaing menentang Beckham Putra dari Persib Bandung pada 9 September ini. Mereka akan mewakili pusingan pertama kategori STAR. 

Sumber: Champions eFootball

Terdapat 2 kategori yang dimainkan bagi Kejohanan eFootball ini iaitu kategori STAR dan ELITE

Kategori STAR merupakan kategori bagi pemain bola sepak profesional Asia di mana dari kelab bola sepak tersebut, seorang pemain akan mewakili pasukan bola sepak mereka di kategori STAR. 

Bagi kategori ELITE pula, ia akan diwakili oleh pemain e-sukan profesional. Di kategori ELITE ini, eFootballer yang akan mewakili kategori ini adalah Mohamad NorHaikal Noh yang merupakan peserta separuh akhir Sukan Asia 2018. 

Sumber: Champions eFootball
Sumber: Champions eFootball

Pasukan-pasukan lain yang turut bertanding dalam Champions eFootball adalah Buriram United FC dan Chomburi FC dari Thailand, Persib Bandung FC dari Indonesia, Tampines Rovers FC dari Singapura, United City FC dari Filipina, Nagaworld FC dari Kemboja dan Ho Chi Minh City FC dari Vietnam. 

Pemain-pemain Champions eFootball PES 2021 Season Update yang dianjurkan oleh KONAMI berpeluang memenangi kumpulan hadiah RM38,000

Champions eFootball akan berlangsung dari 9 September ini di mana ia akan ditayangkan secara langsung di Youtube dan Facebook Champions eFootball. 

Sumber: Champions eFootball

Untuk mengetahui maklumat yang lebih lanjut tentang Champions eFootball, boleh ke laman rasmi Champions eFootball

Jangan lupa ikuti Hyprgame di TwitterFacebook dan Instagram untuk berita menarik!

Tanda:

Anda mungkin juga menyukaià

Tinggalkan komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *