MEMUAT

Taip untuk mencari

Recap PMPL S4 weekday hari ke-2

Kongsi
Recap PMPL S4 weekday hari ke-2

Map 1: Miramar 

Map pertama telah dimainkan di map Miramar di mana 4 kumpulan pertama telah memulakan perlawanan mereka. 4 kumpulan tersebut adalah kumpulan A,C,D dan E. 

Kumpulan A: EVOS Vip, 4Rivals, Axis dan pasukan Bosskur

Kumpulan C: RSG, R2K, SEM9.GANK dan NSP

Kumpulan D: AC, HB, WES dan NSEA

Kumpulan E: Geek Fam, SMG, YA dan VXM Fanx

Pasukan 4Rivals telah berjaya mendapatkan Winner Winner Chicken Dinner mereka yang pertama di map miramar dengan 12 Kill points. Pembukaan hari yang baik buat pasukan tersebut apabila circle memihak kepada mereka.

Di circle yang ke-6 pasukan 4Rivals yang bermain dengan taktikal dua dua, menghantar dua orang pemain iaitu Rith dan Eypul ke bahagian tengah circle sementara Pemburu dan Appy berada di hujung cirlce. 

Walaupun Appy dan Pemburu didesak oleh pasukan Anti Circle yang berada di luar zone, tetapi mereka bijak mengawal situasi di mana Appy mengawal dari arah pasukan Anti Circle dan Pemburu mengawal dari arah hadapan dan berjaya mendapatkan satu kill  terhadap NSPmieAS. Manakala Rith dan Eypul yang berada di satu pondok ditengah circle di tabrak oleh pasukan Tabah Nsea, tapi malang buat pasukan Tabah Nsea selepas kenderaan mereka meletup ditembak bertubi-tubi oleh Eypul dan Rith menyebabkan mereka rata sekaligus memberikan mata percuma buat 4Rivals.

Diminit yang terakhir Appy telah mengeluarkan taring semasa dia berseorangan berhadapan dengan 2 orang pemain pasukan RSG yang masih berdiri selepas salah seorang dari rakan mereka telah dijatuhkan oleh pemain terakhir pasukan Bosskurr, Appy yang rakus itu membaham kedua-dua pemain RSG sekaligus membuatkan 4Rivals mendapatkan Winner Winner Chicken Dinner di map itu.

4rivalsAppy telah berjaya mendapatkan MVP di map Miramar dengan memperolehi sebanyak 6 kill points

Map 2: Miramar

Map kedua dimainkan oleh kumpulan :

Kumpulan A: EVOS Vip, 4Rivals, Axis dan pasukan Bosskur

Kumpulan B: Wulf Arov, TS, YSX dan FRG

Kumpulan C: RSG, R2K, SEM9.GANK dan NSP

Kumpulan D: AC, HB, WES dan NSEA

Match kedua di map Erangle telah berjaya didominasi oleh pasukan Bosskurr dengan hanya mempunyai 2 pemain yang masih berdiri sehingga penamat. Pasukan ini mendapat Winner Winner Chicken Dinner mereka di map Erangle pungutan 8 kills point.

Circle keenam berada di kawasan lapang hadapan Apartment School. Pasukan Bosskurr yang berada di seberang jalan hanya menunggu pasukan lain berperang sesama sendiri. Walau bagaimanapun terdapat tembok yang menghalangi mereka dari melakukan apa-apa.

Bosskurr ditekan oleh pasukan NSP di sebelah kiri mereka dan HBiNaoki yang berada di hadapan mereka. Walau bagaimanapun HBiNaoki berjaya ditumpaskan oleh pasukan Bosskurr dan meninggalkan 3 pasukan sahaja di circle ke-7.

Pasukan EvosVip yang mempunyai 2 orang pemain bertindak rakus untuk membunuh kesemua pemain yang tinggal dan telah menjatuhkan dua orang pemain daripada pasukan NSP. Ini membuatkan pasukan EvosVip mempunyai peluang yang cerah untuk mendapatkan WWCD. Tetapi siapa sangka Bosskurr berjaya mendapatkan WWCD di map itu. BossZiqZaq membunuh langsung pemain terakhir pasukan NSP membuatkan dia berlawan Dua pemain terakhir daripada pasukan EvosVip, clutch yang ditunjukkan oleh BossZiqZaq yang menggunakan senjata Scar-L untuk menjatuhkan EvosVipLuxxy dan menukar ke M249 untuk membunuh EvosVipRazor dan memperolehi Winner Winner Chicken Dinner di map itu.

BossZiqZaq berjaya menjadi MVP di map Erangle dengan 4 mata penyingkiran.

Map 3: Miramar

Map ketiga telah dimainkan di map Erangel di mana 4 kumpulan pertama telah memulakan perlawanan mereka. 4 kumpulan tersebut adalah kumpulan A,B,C dan E.

Kumpulan A: EVOS Vip, 4Rivals, Axis dan Team Bosskur

Kumpulan B: Wulf Arov, TS, YSX dan FRG

Kumpulan C: RSG, R2K, SEM9.GANK dan NSP

Kumpulan E: Geek Fam, SMG, YA dan VXM Fanx

Di circle yang ke-7, hanya 3 pasukan sahaja yang tinggal iaitu pasukan Secret, YSX dan pasukan Geek Fam. Circle yang berada di kawasan lapang itu membuatkan pasukan-pasukan sedikit kepayahan tidak mempunyai sebarang bunker untuk dijadikan sebagai perlindungan. Mereka hanya bermodalkan bom asap untuk melindungi diri mereka daripada penglihatan musuh.

Walaupun pasukan YSX mempunyai lereng bukit dan batu-batu untuk dijadikan perlindungan tetapi mereka ditekan dari kedua-dua pasukan. GeekFam telah menghantar Damrude dan Qb kehadapan untuk mendapatkan tempat di dalam circle sementara Snipes dan SaneOP memberikan perlindungan daripada arah belakang.

Pasukan Team Secret yang melihat celah sementara pasukan YSX yang sedang memberi perhatian terhadap pasukan GeekFam, mereka terus menabrak pasukan YSX yang berada tepat di hadapan mereka. Geek Fam yang melihat situasi itu terus melakukan pergerakkan dan menembak rambang terhadap pasukan Team Secret yang masih mempunyai 3 orang pemain.

Dengan kejatuhan TSFredo5MX ditangan GeekQb, GeekDamrude yang berada di bahagian kanan terus memberikan asakkan sehingga dapat menjatuhkan TSJumper01MX dan akhirnya mendapatkan Winner Winner Chicken Dinner setelah pemain terakhir pasukan Team Secret iaitu TSKid5MX dibunuh secara langsung.

GeekDamRUDE berjaya menjadi MVP di map Miramar dengan 3 mata penyingkiran.

Map 4: Miramar

Map keempat dimulakan semula di map Erangle di mana 4 kumpulan pertama telah memulakan perlawanan mereka. 4 kumpulan tersebut adalah kumpulan B,C,D dan E.

Kumpulan B: Wulf Arov, TS, YSX dan FRG

Kumpulan C: RSG, R2K, SEM9.GANK dan NSP

Kumpulan D: AC, HB, WES dan NSEA

Kumpulan E: Geek Fam, SMG, YA dan VXM Fanx

Di match yang keempat, Geek Fam sekali lagi mendapatkan Winner Winner Chicken Dinner dengan 8 mata penyingkiran.

Di circle keenam Geek Fam yang berada di posisi yang selesa selepas mereka melakukan bunker di kawasan berbatu, tuah menyebelahi mereka selepas zone tidak berganjak daripada kawasan pertahanan mereka.

Geek Fam yang selesa dengan posisi mereka terus memberi tekanan terhadap pasukan-pasukan yang lain dan cuba untuk mencari mata penyingkiran sebanyak mungkin.

3 pasukan yang sahaja yang berbaki SEM9.GANK, Farang Lejund dan Geek Fam ketiga-tiga pasukan itu masih mempunyai ke empat-empat pemain mereka. Di circle ke-7, GeekDamrude telah menjatuhkan salah seorang pemain SEM9.GANK, S9HahaMan yang berseorangan di sebelah kiri mereka. Manakala pasukan FRG yang memberi tumpuan terhadap pasukan Geek Fam telah di sapu rata oleh S9HahaBravo. S9HahaBravo melontarkan grenade dari arah belakang tepat mengena ke pemain dari pasukan Farang Lejund. Bom yang dilontarkan oleh S9HahaBravo pada ketika itu sangat jitu.

Ratanya pasukan Farang Lejund di tangan S9HahaBravo memberi peluang yang cerah buat pasukan Geek Fam yang masih mempunyai 4 orang pemain. Dua orang daripada pemain Geek Fam dijatuhkan olehnya tetapi malang selepas GeekQb menembak balas dan mendapatkan WWCD mudah buat pasukan mereka.

GeekSaneOP berjaya menjadi MVP di map Erangle dengan 3 mata penyingkiran.

Map 5: Erangel

Map kelima diakhiri dengan map Miramar di mana 4 kumpulan pertama telah memulakan perlawanan mereka. 4 kumpulan tersebut adalah kumpulan A,B,D dan E.

Kumpulan A: EVOS Vip, 4Rivals, Axis dan pasukan Bosskur

Kumpulan B: Wulf Arov, TS, YSX dan FRG

Kumpulan D: AC, HB, WES dan NSEA

Kumpulan E: Geek Fam, SMG, YA dan VXM Fanx

Pasukan Whales akhirnya berjaya mendapatkan Winner Winner Chicken Dinner mereka yang pertama setelah 9 map yang dimainkan.

Di Circle yang ke-6 hanya pasukan Whales sahaja yang mempunyai 4 orang pemain manakala 3 pasukan lain hanya mempunyai 3 dan 2 orang pemain sahaja.

Pasukan Whales yang mempunyai kawasan high ground mendapat vision yang jelas kedudukan pasukan lain yang berada di kawasan low ground. Walau bagaimanapun, dua pemain dari pasukan Whales telah dijatuhkan oleh EvosVipHyqul dan 4RivalsEypul yang berada di bahagian bawah. EvosVipHyqul ditembak oleh pasukan 4Rivals dari arah belakang sejurus Hyqul menjatuhkan Eypul dan meninggalkan dua pasukan sahaja iaitu Whales dan juga 4Rivals.

Whales mengambil kesempatan itu untuk mengangkat dua orang rakannya yang dijatuhkan sebentar tadi. Pasukan itu terus melakukan pushing terhadap pasukan 4Rivals yang hanya berbaki 3 orang pemain. Advantage yang besar buat pasukan Whales. 

4RivalsRith ditembak jatuh oleh WeSSnipes semasa dia cuba untuk mengikuti rakannya, 4RivalsPemburu untuk memasuki circle. 4RivalsEypul yang masih menyorok disebalik asap cuba untuk mendapatkan dua orang pemain daripada pasukan Whales, tapi beliau dijatuhkan oleh rakan pasukan Whales dan meninggalkan 4RivalsPemburu sahaja untuk berentap dengan 4 pemain daripada pasukan Whales.

Tetapi, sayang buat 4RivalsPemburu kerana beliau hanya tinggal berseorang dan peratus untuk pasukan itu mendapatkan Chicken Dinner adalah rendah. Di saat akhir, 4RivalsPemburu akhirnya tumpas selepas cuba membuat jumpshot ke arah WeSSnApple.

Itu bukan merupakan Chicken Dinner yang mudah buat pasukan Whales kerana mereka harus bergerak memasuki circle. Manakala pada ketika itu, 4RivalsPemburu sudah pun mengunci circle. 

Tetapi dengan adanya manpower yang cukup, pasukan itu berjaya merebut Winner Winner Chicken Dinner mereka yang pertama dengan menyumbang sebanyak 8 mata penyingkiran.  

WESSnApplE berjaya menjadi MVP di map Miramar dengan 3 mata penyingkiran.

Jangan lupa ikuti Hyprgame di TwitterFacebook dan Instagram untuk berita menarik!

Tanda:

Anda mungkin juga menyukaià

Tinggalkan komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *