MEMUAT

Taip untuk mencari

Marcel bergaduh mulut dengan tiktoker dalam live ?

Kongsi
Marcel bergaduh mulut dengan tiktoker dalam live

Baru-baru ini, tular satu video berkenaan dengan salah seorang bekas pemain profesional PUBG Mobile Malaysia bagi pasukan Dingoz MZ, Marcell. Video yang telah tular itu menunjukkan pertengkaran yang berlaku di antara Marcell dengan salah seorang content creator Tiktok yang dikenali sebagai Captain Aizen.

Punca pergaduhan itu berlaku selepas mereka menentang sesama sendiri untuk melakukan pertarungan satu lawan satu di aplikasi PUBG Mobile. Namun, Marcell gagal untuk memenangi pertarungan tersebut apabila Marcell kalah dengan pungutan mata 7-17.


Marcell yang merupakan bekas pemain Dingoz MZ pernah bermain di PUBG Mobile Pro League – Spring Split 2020: MYSG Regular Season. Tetapi, kini, beliau dimakamkan tidak menyertai apa-apa pertandingan kompetitif dan aktif dalam melakukan live streaming di laman rasmi Facebook miliknya.

Manakala Captain Aizen sebelum ini pernah tular kerana mempunyai suara yang mirip dengan pemain profesional bagi pasukan Axis Esports, Imran Rosli atau lebih dikenali sebagai Vokey di platform Tiktok miliknya. 

Aizen juga dikenali dengan content beliau yang selalu bertembung dengan pemain-pemain profesional PUBG Mobile tanah air.


Video pergaduhan mulut di antara Marcell dan Captain Aizen itu tular apabila seorang individu di Tiktok telah memuat naik video tersebut. Individu itu dikenali sebagai “nishnakpmpl06”. 

Menerusi video tersebut, terdapat beberapa perbualan yang menyebabkan kedua-dua belah pihak bertindak untuk memulakan pertengkaran. 

Di video yang tular itu, Marcell ada memberikan komen, “TDM doang, PMPL kagak” 

Namun, terdapat satu komen yang membuatkan peminat Marcell lebih membara apabila Captain Aizen membalas, “Kau bangga dengan PMPL, beria”.
Dan perbalahan itu diteruskan lagi apabila Marcell membidas kenyataan Captain Aizen, “Kau menganjing orang boleh, orang menganjing kau tak boleh?”. Adakah pertengkaran ini akan berterusan atau diselesaikan dengan secara baik?

Jangan lupa ikuti Hyprgame di TwitterFacebook dan Instagram untuk berita menarik!

Tanda:

Anda mungkin juga menyukaià

Tinggalkan komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *