MEMUAT

Taip untuk mencari

Map Sanhok hanya di Super Weekend. PMPL MY/SG S4 makin mencabar?

atq_hyprgame
Kongsi
Sumber: PUBG Mobile Esports Malaysia

Debaran kini kian terasa. Berbaki 5 hari lagi, PUBG Mobile Pro League (PMPL) MY/SG Season 4 akan berlangsung tidak lama sahaja lagi. Pastinya pemain-pemain dari setiap pasukan sedang membuat persiapan rapi bagi mempersiapkan diri menghadapi PMPL MY/SG S4.

PUBG Mobile Pro League (PMPL) MY/SG Season 4 kali ini merupakan satu kompetitif scene yang boleh dikatakan lain dari PMPL yang sebelum-sebelum ini.

Umum mengetahui bahawa PUBG Mobile Pro League (PMPL) MY/SG Season 4 kalini akan didatangi dengan “hardcore mode” di mana aim assist dan sound visualizer akan ditutup.

Hardcore mode” di PUBG Mobile Malaysia khususnya di PMPL MY/SG S4 ini tentunya mencabar tapi bukanlah sesuatu yang baru di dalam arena PUBG Mobile. Ia merupakan satu cabaran baru buat pasukan-pasukan PUBG Mobile Pro League (PMPL) MY/SG Season 4.

Terbaru, PUBG Mobile Esports Malaysia ada memuat naik satu posting di laman rasmi Facebook mereka tentang hari dan map order di Weekday dan Super Weekend

Sebelum ini di PUBG Mobile Pro League (PMPL) MY/SG Season 3, setiap pasukan akan bermain 3 hari di Weekday dengan berbekalkan 5 map satu hari. Dan 2 hari di Super Weekend dengan berbekalkan 6 map satu hari

Sumber: PMPL MY/SG S3 PUBG Mobile Esports Malaysia
Sumber: PMPL MY/SG S3 PUBG Mobile Esports Malaysia

Kini, di PUBG Mobile Pro League (PMPL) MY/SG Season 4, terdapat beberapa perubahan yang ketara dari segi hari di mana akan ada cuma 2 hari untuk Weekday dan 3 hari di Super Weekend.

Ini merupakan satu perubahan besar untuk pasukan PUBG Mobile Pro League (PMPL) MY/SG Season 4 kerana pasukan yang tidak layak ke Super Weekend akan merugikan mata mereka sepanjang 3 hari Super Weekend berlangsung. 

Manakala untuk map order pula, terdapat juga perubahan besar untuk PUBG Mobile Pro League (PMPL) MY/SG Season 4 kali ini. 

Di Weekday, map yang akan dimainkan adalah map Erangel dan Miramar sahaja. Map ini akan di rotate di mana pada 2 hari Weekday, map Miramar dan Erangel akan dimainkan sebanyak 3 kali bergilir-gilir hari. 

Perubahan yang ketara berlaku apabila di Weekday, map Sanhok tidak akan dimainkan sepanjang 2 hari tersebut. Hanya map besar sahaja yang akan ada di Weekday

Manakala di Super Weekend pula, akan ada map Sanhok di mana map Sanhok akan dimainkan sebanyak satu kali, 3 kali Erangel dan 1 kali Miramar

Sumber: PMPL MY/SG S4 PUBG Mobile Esports Malaysia

Memang map order kali ini ada menunjukkan perubahan yang besar kerana sebelum ini di PUBG Mobile Pro League (PMPL) MY/SG Season 3 map sanhok merupakan map “favourite” di mana map Sanhok dimainkan sebanyak 2 kali di 2 hari Super Weekend. 

Tetapi untuk PUBG Mobile Pro League (PMPL) MY/SG Season 4 pada kali ini, pihak PUBG Mobile mengurangkan penggunaan map Sanhok dan fokus pada map yang besar sahaja. 

Peminat dan penyokong arena PUBG Mobile Malaysia terutamanya pertandingan-pertandingan kompetitif yang diadakan pastinya tahu bahawa Super Weekend merupakan hari yang paling penting untuk setiap pasukan. Pasukan yang gagal ke Super Weekend akan merugikan pungutan mata mereka.

Lebih-lebih lagi akan ada 3 hari di Super Weekend pada PUBG Mobile Pro League (PMPL) MY/SG Season 4 kali ini.

Jadi, untuk memastikan pasukan kegemaran anda layak ke Super Weekend, setiap pasukan harus bekerja keras di Weekday. 

Mampukah pasukan kegemaran anda mengekalkan tempat mereka di Super Weekend

Sama-sama kita saksikan pentas PUBG Mobile Pro League (PMPL) MY/SG Season 4 yang akan berlangsung dari 24 Ogos sehingga 12 September ini.

Terus berikan sokongan yang padu dan sepenuhnya buat pasukan kegemaran anda. Tentunya sokongan anda amat diperlukan. 

Jangan lupa ikuti Hyprgame di TwitterFacebook dan Instagram untuk berita menarik!

Tanda:

Tinggalkan komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *