MEMUAT

Taip untuk mencari

Pokimane date dengan peminat?

Kongsi
Pokimane date dengan peminat?

Imane “Pokiimane” Anys, seorang penyiar Twitch yang popular, baru-baru ini dia mendedahkan bahawa dia akan berpacaran dengan peminat sekiranya senario itu sesuai untuknya. Oleh itu, para peminat diminta bersabar.

Peminat setia Pokiimane, yang kebanyakannya terobsesi dengan kehidupan content creator, terkejut mengetahui perkara ini. Walaupun sering kali disoal oleh peminatnya, Pokimane biasanya cukup berahsia mengenai status dirinya. Bagi peminat Pokimane, ini pasti merupakan pendedahan yang mengejutkan.

Bagi content creator ianya sedikit sukar untuk melakukan hubungan dengan peminat sendiri. Namun, Pokimane menyatakan bahawa ianya “bergantung pada senario.” Walaupun tidak selalu berjaya, ia masih dapat dilakukan, menurut Pokimane.

“Saya percaya tidak ada masalah untuk bercinta dengan peminat sendiri atau menjalinkan hubungan apa pun, lagipun tiada orang orang yang mengenali mereka. Tapi semuanya bergantung pada cara anda berkomunikasi dengan pasangan yang pada mulanya adalah peminat anda sendiri” 

Pokimane menerangkan jenis peminat yang akan dia temui

Ini semua bergantung kepada cara pendekatan yang akan dilakukan oleh peminat untuk mendekati dirinya. Pokiimane juga menjelaskan dia tidak akan melayan peminat yang meminta benda yang bukan-bukan ataupun yang jenis pelik dan menakutkan.

“Namun, jika anda menjumpai seseorang yang mengenal anda lebih baik, menerima apa yang anda lakukan di luar dan tidak hanya berminat dengan kerjaya anda , mungkin itu akan membezakan dia dengan yang lain, tapi bergantung juga pada keadaan anda okay atau tidak.”kata Pokimane.

Bercinta dengan peminat, nampaknya ia tidak menjadi masalah untuk Pokimane, tetapi hanya jika dia bertemu seseorang secara spontan dalam senario di mana menjadi streamer bukanlah halangan. Sesiapa sahaja yang mengikuti siaran Pokimane tidak menolak kemungkinan akan jatuh cinta dengan nya. Pokimane tidak hanya berminat untuk bercinta dengan content creater atau influencer terkenal yang lain.

Kepada peminat yang suka mengganggu emosi streamer anda jangan berangan untuk mendekati dirinya ataupun streamer yang lain.

Jangan lupa ikuti Hyprgame di TwitterFacebook dan Instagram untuk berita menarik!

Tanda:

Tinggalkan komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *