MEMUAT

Taip untuk mencari

Tags: , , ,

Salam 2-1 dari Homeboiss

Kongsi
Salam 2-1 dari Homeboiss

Telah berakhirnya liga Mobile Legends: Bang Bang Professional League MY Musim 8 (MPL) pada minggu pertama semalam. 

Liga MPL MY Musim 8 akan berlangsung selama 8 minggu bermula dari 13 Ogos sehingga 3 Oktober. Kesemua pasukan semestinya sudah membuat persiapan yang rapi bagi menghadapi liga di minggu-minggu yang mendatang. 

Di liga minggu pertama hari yang ketiga semalam, pasukan Homebois dapat mengalahkan Todak, 2-0. Siapa yang tidak tahu bahawa Todak merupakan Raja Comeback? 

Dalam perlawanan tersebut, rata-rata peminat Todak mengatakan bahawa Todak merupakan Raja Comeback, dan perlawanan di antara Homebois dan Todak pastinya tidak memberikan tekanan yang hebat buat Todak. 

Di game yang pertama, Todak berjaya memenangi pusingan pertama. Akan tetapi, di pusingan kedua, Homebois pula berjaya memungut mata mereka yang pertama. Ini sekali gus menjadikan mata mereka di kedudukan seri.

Pada game yang kedua, Homebois harus membuat pilihan sama ada mahu menggunakan hero Paquito atau Hayabusa. Paquito merupakan hero yang selalu digunakan oleh pemain pasukan Todak. Jika Homebois memilih Paquito, ia akan menyekat Todak daripada memilih hero tersebut. Seterusnya berharap agar dengan ketiadaan Paquito, Homebois dapat menewaskan Todak.

Akan tetapi, hero Hayabusa merupakan kepakaran seorang pemain Homebois. Jadi, Homebois harus membuat pilihan sama ada mahu menyekat Todak dari menggunakan Paquito atau memilih Hayabusa, iaitu hero yang mereka pakar.

Pilihan Homebois adalah memilih hero kepakaran mereka iaitu Hayabusa. Oleh itu, mereka melepaskan Paquito untuk digunakan oleh pasukan Todak. 

Walau bagaimanapun, itu merupakan satu pilihan dan keputusan yang bijak dibuat oleh pasukan Homebois kerana mereka lebih memilih hero yang mereka selesa. Tentunya ia membuahkan hasil apabila mereka berjaya menewaskan Todak dengan keputusan 2-1.

Tahniah diucapkan kepada Homebois. Perlawanan liga minggu pertama sudah ditamatkan dengan jayanya. Semua pasukan melakukan yang sehabis baik. 

Untuk mengetahui bila pasukan kegemaran anda akan bermain, laman rasmi Instagram MPL Malaysia ada memuat naik jadual bagi setiap pasukan MPL Malaysia .

Jangan lupa ikuti Hyprgame di TwitterFacebook dan Instagram untuk berita menarik!

Tanda:

Tinggalkan komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Seterusnya