MEMUAT

Taip untuk mencari

FIFA 22: Penambahbaikan Division Rivals dan FUT 22

atq_hyprgame
Kongsi
Sumber: Dexerto

FIFA 22 telah membuat perubahan drastik untuk FIFA Ultimate Team mode pada edisi 2022. FUT merupakan game mode yang popular untuk FIFA di mana pada tahun 2020, EA Sports telah mendapat sebanyak $1.62 billion. Kejayaan yang diperoleh FIFA 2020 tidak dapat disangkal lagi. Tetapi dengan adanya penambahbaikan FUT, ia pasti akan lebih menarik untuk dilihat.

FUT 22 akan didatangkan dengan penambahbaikan Division Rivals, co-op matchmaking dan stadium customisation. Selain itu, FUT 22 juga akan memperlihatkan siri-siri baru seperti FUT champion, FUT heroes, ganjaran pencapaian untuk setiap season dan tambahan tetapan permainan yang lebih baik. 


Sumber: EA Sports FUT Heroes

EA Sports FIFA telah memuat naik satu video di laman rasmi Twitter mereka mengatakan bahawa “Reworked Division Rivals & FUT Champions. Add more personality and unique style to FUT Stadium. Co-op Public Matchmaking.”

Division Rivals merupakan ciri yang ditambah baik dalam FIFA 22 kali ini di mana EA menukar keseluruhan Divisional Rivals untuk memastikan pemain dapat merasai keseronakan dan pengalaman yang tidak boleh dibeli di mana-mana ketika bertanding di FUT mode FIFA 22.

Sumber: EA Sports Stadium Customisation

Perubahan baru dalam Division Rivals dan FIFA Ultimate Team mode semestinya akan memberikan pengalaman yang lebih baik buat peminat-peminat FIFA. Tentunya peminat-peminat FIFA teruja akan penambah baikan yang dibuat pada FIFA 22 kali ini. 

Menurut EA Esports, FUT dan FIFA 22 akan dilancarkan sepenuhnya pada 1 Oktober 2021. Peminat-peminat FIFA juga sudah boleh membuat pra pesanan bagi FUT dan FIFA 22. Pra pesanan masih berjalan sehingga sekarang! Jangan lepaskan peluang.

Jangan lupa ikuti Hyprgame di TwitterFacebook dan Instagram untuk berita menarik!

Tanda:

Tinggalkan komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *